Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengambil iktibar atas kejadian yang menimpa rumah tangganya sebelum ini dan hanya menyerahkan segalanya pada tuhan.
Artikel Berkaitan: ‘Cantik-Cantik Pun Kena Tinggal’ – Bella Astillah
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Idam Watak Penyondol – ‘Saya Mahu Tahu Apa Mereka Rasa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Cuma Cakap Duduklah Atas Paha Abang’ – Bella Astillah
Kekal hingga Jannah
Menerusi laporan Harian Metro, Bella, 29, memaklumkan dia hanya menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu setelah beberapa isu yang pernah melingkari rumah tangganya.
Katanya, dia dan Aliff hanya menyerahkan segalanya kepada tuhan dan berharap agar ianya kekal hingga ke syurga.
Harapan saya semoga rumah tangga saya dilindungi Allah dan kekal hingga ke Jannah. Kalau boleh, saya hendak kahwin sekali saja.
Buat masa ini semua baik-baik sahaja. Kami berdua hanya menjalankan tugas sebagai suami isteri, ibu bapa. Kami buat yang terbaik saja.
Kita tak merancang lebih-lebih, kita macam ‘go with the flow‘.
Dalam pada itu, pemilik nama Dayang Ara Nabellah meletakkan kepercayaan terhadap Aliff yang kini sedang menjalani penggambaran bersama pelakon Trisha Ooi.
Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreana, 2.
Namun begitu, pasangan tersebut pernah berpisah atas isu yang menimpa rumah tangga pada 16 Mei 2019 dan rujuk semula dalam tempoh edah.
Sumber: Harian Metro