berita

‘Saya Rasa Malu Sebab Saya Wakil Rakyat’ – Annuar Musa Mahu Jumpa Ebit Lew

February 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Ebit Lew

Figura Ustaz Ebit Lew (UEL) bukan satu nama asing di negara kita dalam menyampaikan bantuan. Bantuan yang disalurkan tidak terkecuali kepada mana-mana agama mahupun bangsa. Bahkan, sifatnya yang pemurah dan acap kali membantu individu-individu yang memerlukan bantuan, dipuji oleh rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan: Ebit Lew Hantar 1000 Set Makanan, 100 Kerusi Roda & 200 Tablet Ke Sabah

Artikel Berkaitan: Mak Baru Meninggal Dunia, Motosikal Pula Kena Curi, Ustaz Ebit Lew Tampil Bantu 2 Beradik Ini

Artikel Berkaitan: Dah 6 Hari Terputus Bekalan Makanan & Elektrik, Ebit Lew Hulur Sumbangan Di Kampung Orang Asli

Terbaru, Menteri Wilayah Perseketuan, Tan Sri Annuar Musa, tampil memberikan respon terhadap hasrat murni yang telah dilakukan oleh UEL selama ini.

Malu dengan UEL

Foto: Bernama

Saya rasa malu sebab saya wakil rakyat, dan saya tidak dapat buat sebanyak yang dia buat.

Lapor Bernama, Annuar ingin berjumpa dan mahu mempelajari daripada UEL berkaitan aktiviti kebajikan dan sumbangan yang dilakukannya selama ini. Pada masa yang sama, beliau meluahkan rasa malu kerana sebagai wakil rakyat tidak terdaya melakukan kebajikan seperti mana yang telah dilakukan oleh UEL.

Jelas Annuar lagi, tanggungjawab yang dipikul oleh kerajaan tidak sama dengan tanggungjawab NGO, disebabkan pihak kerajaan juga perlu memfokuskan untuk merangka dasar yang lebih baik buat rakyat.

Mungkin saya berbeza pandangan sedikit, peranan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) lain dan peranan kerajaan lain, tetapi dalam masa yang sama kita (pemimpin) harus ada perasaan malu, bukan malu dalam bentuk yang negatif, malu positif. Ini kerana orang yang tiada kuasa macam beliau (Ebit Liew) sanggup berbuat lebih, bagaimana kita orang yang ada kuasa, kita tidak berbuat cukup.

Cakna kepada masalah rakyat

Foto: Ebit Lew

Tidak berakhir di situ, beliau turut menjelaskan pihak kerajaan perlu menyusun stratergi dalam membantu rakyat dan hasilnya mungkin tidak dapat dilihat sekarang, kerana ia memberi kesan dalam tempoh jangka masa yang lebih panjang.

Kalau ada sesuatu masalah kita turun dan selesaikan, itu pun penting tapi sebagai kerajaan terutamanya kita harus memikir jauh daripada itu. Jadi kalau tidak nampak turun (padang) bukan bermakna kerajaan tidak berfungsi, tetapi adalah lebih baik kalau kita menguruskan kerajaan dari segi pelaksanaan dasar yang baik sementara kita juga terus menjadi sebuah kerajaan yang prihatin dan cakna kepada permasalahan rakyat.

Terdahulu, Annuar ditemu ramah menerusi satu program yang dianjurkan oleh satu akhbar tempatan.

Sumber: Bernama

SKIP THIS AD ×