Foto: Zara Zya
Pelakon cantik Zara Zya menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagram semalam, meluahkan rasa sedih dan terkilan berikutan dia didakwa menggunakan duit bantuan yang disampaikan kepadanya buat golongan yang memerlukan.
Artikel Berkaitan: ‘Sumpah, Itu Bukan Punca Putus’ – Whatsapp ‘Mesra’ Diviralkan, Zara Zya Nafi Nafsu Songsang
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Jodoh Antara Kami’ – Hafreez Adam & Zara Zya Putus Tunang
‘Saya sedih sebenarnya’
Foto: Tangkap layar video
Ujar pelakon Love You Mr Arrogant, dia berasa sedih apabila dituduh menipu dan tidak menyampaikan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. Pada masa yang sama, dia turut mempersoalkan tindakan netizen yang begitu ‘lantang’ bersuara dan memberikan respon jika dia tersilap langkah.
Bila saya post atau share benda baik tak ramai support tapi bila ada posting sikit je tak betul, berdesup manusia condemn. Takut! Kenapa buat macam ni? Adakah korang banyak masa untuk berbuat dosa dan berfikiran negatif terhadap orang lain? Ada kata saya menipu, bawa lari duit orang dan bukan nak tolong orang. Saya sedih sebenarnya.
Berbicara lebih lanjut, Zara Zya menceritakan sejak kecil lagi dia suka menolong orang ramai dan suka berkongsi rezeki yang ada namun, kebaikannya itu telah disalah tafsir oleh sesetengah individu.
Saya buat laman web www.malaysiaprihatin.com sebab saya dapat feedback negatif bila saya bagi nombor akaun saya tapi katanya duit tak tahu ke mana, tak tahu betul atau tak. Jadi website itu untuk korang menyumbang dan mendapatkan resit. Tapi tetap mengata di belakang.
Kalau tak tahu cerita tolong jangan cakap buruk pasal orang lain sebab kata-kata itu satu doa. Saya tak tahu apa lagi perlu buat untuk tolong orang lain.
Sedia tunjuk bukti kepada orang ramai
Foto: Zara Zya
Pada masa yang sama, dia juga bersiap sedia untuk menunjukkan bukti dan resit pembelian barangan keperluan menerusi sumbangan yang diterimanya bagi disalurkan kepada individu yang memerlukan.
Di luar rumah saya ada tiga pek besar makanan haiwan tapi saya sendiri tak boleh keluar rumah dan setiap hari menantikan haiwan kelaparan depan rumah untuk saya beri mereka makan tapi tak ada! Ada pula pertikaikan betul ke duit ni. Sampai hati.
Tidak berakhir di situ, dia juga meminta orang ramai untuk bertanyakan kepada dirinya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan berlakunya salah faham.
Apa salahnya tanya dulu, saya boleh tunjuk resit saya beli, kat mana beli dan makanan apa yang saya beli. Saya sudah siapkan barang-barang untuk diagihkan tapi saya tak boleh pergi jauh. Kalau keluar juga nanti orang mengata, kalau jumpa orang dan langgar SOP saya kena saman, siapa nak tanggung.
Video penuh:
View this post on Instagram
Sumber: Zara Zya