Penyanyi, Adira Suhaimi menjelaskan kehadiran suami, Datuk Seri Adnan Abu ke program Famili Duo adalah untuk melihat anak mereka, Anggerik yang turut terlibat dalam persembahan duonya yang berlangsung pada malam Ahad.
Artikel Berkaitan: Mummy Tak Rasa Awak Bagus Langsung’ – Bawa Isu Jiran Gaduh, Adira & Emma Suhaimi Raih Markah Tinggi
Artikel Berkaitan: Sharif & Syaiful Tawan Hati Juri Tetap, Dipuji Faham Erti Kerja – ‘Daripada Awal Sampai Akhir Mummy Suka’
Suami datang tengok anak
Ketika ditemui OhBulan!, Adira atau nama Siti Adira Binti Suhaimi berkata dia tidak pernah meminta suaminya itu datang ke program tersebut sebaliknya dia datang atas kerelaannya sendiri.
Saya sebenarnya tak ajak tapi suami nak datang tengok Anggerik buat persembahan.
Selalunya memang saya tak pernah bawa suami ke mana-mana persembahan saya tetapi sebab Anggerik terlibat jadi dia mahu datang beri sokongan.
Adira dan kakaknya, Emma Suhaimi yang mendendangkan lagu medley Tiada Tangis Lagi (Ella) dan Hukum Karma (Wings) telah berjaya menjadi duo terbaik pada minggu ketiga.
Alhamdulillah rezeki anak agaknya, kami menjadi juara minggu ini.
Sementara itu, Emma berkata, dia mengambil serius dengan komen-komen daripada juri sebagai satu tunjuk ajar baginya untuk melakukan yang lebih baik dalam persembahan.