Nama bekas juara Dewi Remaja iaitu Haneesya Hanee pernah terpalit kontroversi suatu ketika dahulu selepas dituduh meraikan kejayaannya di sebuah kelab malam ekoran daripada beberapa foto dan video yang tersebar. Namun bagaimanapun, kes tersebut sudahpun selesai apabila gelaran Juara Dewi Remaja ditarik balik oleh pihak penganjur.
Artikel berkaitan: ‘Harap Bakat Kami Masih Diterima’ – Kontroversi Kelab Malam, 2 Lagi Bekas Finalis Mohon Maaf
Artikel berkaitan: Viral Foto Didakwa Mempersendakan Agama, Haneesya Hanee Bidas Kecaman Netizen
Meskipun, kira-kira dua tahun berlalu namun, kontroversi tersebut nampaknya masih segar dalam ingatan netizen. Terbaru, Haneesya sekali lagi ‘diserang’ netizen gara-gara kisah lampaunya itu. Bagaimanapun, pelakon itu tampil lantang membidas semula kecaman dan tuduhan terhadap dirinya.
‘Ini dah fitnah’
Haneesya tampil menjelaskan dakwaan tersebut dan menafikan berita yang tular yang pernah mengatakan dirinya ke sebuah kelab malam sejurus selepas kemenangan program realiti tersebut. Jelasnya, dia dan keluarganya hanya ke sebuah restoran berhampiran untuk makan malam selepas acara tersebut selesai dan segera pulang ke rumah.
Assalamualaikum, dah bertahun saya diam pasal benda ni. Tapi saya dah penat la dengan benda tak betul macam ni. Tapi kat sini saya nak betulkan SATU benda je. Saya tak pergi club selepas menang Dewi Remaja. Lepas menang saya balik with my mom and 2 friends. Kita orang pergi makan McDonald’s sebelah Astro tu, pergi check CCTV lepas tu I balik tido sebab penat sangat-sangat.
Siapa yang buat cerita pergi club lepas menang tu saya tak tahu. Video tu video lama. Dah 2 bulan kot video tu di ambil. It all happened before I won Dewi. Sebelum korang nak datang kat social media aku cakap macam ni, tak kisah tua ke muda ke, get your facts right. Ini dah FITNAH. Ye betul aku buat salah, aku cuba nak jadi baik ni yang korang kecoh nak ungkit balik kenapa?
‘Sebab mulut korang lah’
Sementara itu, dia turut berpendapat segelintir manusia yang tidak pandai menjaga bahasa seperti ini adalah menjadi punca kepada seseorang itu sukar untuk berubah menjadi lebih baik. Malah, Haneesya berharap agar tiada lagi salah faham mengenai isu tersebut selepas dia menjelaskan situasi sebenar dalam posting berkenaan.
Nak sangat tengok aku pergi club lagi ke? Orang macam korang ni la PUNCA orang yang nak jadi baik tak nak jadi baik. Sebab mulut korang la. I don’t care how old you are, but if you act like this I have no respect for u. What is wrong is wrong what is right is right.
I really hope dah tak ada salah faham pasal kes Dewi ni ye. Kalau tak suka sangat dengan saya boleh block terus. I want to be a better version of myself but please don’t push me to the wall. Ni bukan masalah I layan netizen, THIS IS ME STANDING FOR MY RIGHT. I DID NOT GO TO THE CLUB AFTER WINNING DEWI REMAJA. Lagi satu, korang Mak-Mak makcik bawang tak payah nak sindir-sindir aku, pergi check anak tu betul-betul. Depan mak pakai tudung, malam tudung pun hilang. Sekian.
‘Dah tak pergi kelab ke?’
View this post on Instagram
Sumber: Haneesya