Pelakon jelita Nora Danish berkongsi gelagat anak bongsunya, Mohamed Neqayl (Ney Ney) yang teruja menunggu hari raya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buka Rumah Produksi Sendiri Tanda Nora Danish Mahu Balas Dendam?
Artikel Berkaitan: ‘Kehadiran Orang Ketiga Satu Ujian Allah’ – Nora Danish
Artikel Berkaitan: Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke-6, Nora Danish & Suami Santai ‘Supper’ Burger Tepi Jalan
Terkilan sebab terlalu ‘busy’
Ketika ditemui OhBulan!, Nora, 41, memaklumkan agak terkilan dengan kesibukan ‘shooting’ ketika anaknya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram membesar.
Tambah Nora, pengalaman raya anak-anak tidak lagi sama dengan zamannya dahulu.
Sebenarnya mereka sangat excited, lagi-lagi Ney Ney (Neqayl). Bagi dia, raya adalah cuti dan dapat duit raya. Dia tak terfikir pun pasal mercun semua, sayang kan. Kita dulu raya akan ingat macam mercun, bunga api. Tapi bukan untuk dorang dah.
Sekarang ni Nora baru sedar betapa ruginya tak luangkan masa dengan anak-anak masa dorang kecil.
Tambah pelakon drama ‘Puteri’ itu, dia sempat berkongsi tentang kesibukkannya semasa Rayqal membesar.
Yang pertama dah sekolah asrama, jarang balik. Yang kedua pun sekolah jugak. Jadinya, Ney Ney je yang ada dengan kami sekarang.
Masa Rayqal kecil, Nora memang aktif. Jadinya, saya tertinggal zaman budak dia. Sebab itu, Ney Ney saya betul-betul bagi perhatian dekat dia supaya saya tidak terkilan lagi.
Nora berkata demikian pada majlis pelancaran filem Polis Evo 3 di Six In The City, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Makanan kegemaran
Apabila ditanya mengenai makanan kegemaran ketika raya, Nora memaklumkan bahawa rendang memiliki tempat istimewa di hatinya.
Makanan kegemaran saya lemang. Saya tidak akan makan lemang pada hari biasa. Sebab saya tak nak rosakkan hari raya itu sendiri.