Sebelum ini, terdapat pelbagai spekulasi mengenai ‘kehilangan’ penyanyi terkenal Anita Sarawak dan suaminya, Mahathir Abdullah yang dikatakan mengambil keputusan untuk ‘berehat’ dari industri muzik tanah air. Malah, ada segelintir peminat mendakwa pernah ternampak Anita Sarawak di Singapura dan di Amerika Syarikat dengan menjalankan urusan perniagaan hartanah di sana.
Artikel berkaitan: ‘Mereka Melakukan Perniagaan Hartanah’ – Noorkumalasari Buka Cerita Tentang Anita Sarawak Selepas 10 Tahun Hilang
Artikel berkaitan: Peminat Temui Anita Sarawak Sakit & Sudah Pulang Ke Malaysia?
Terbaharu, menurut laporan Astro Gempak, sehingga ke hari ini tiada siapa yang berjaya mengesan di mana Anita Sarawak dan suaminya ‘membawa diri’.
We miss you…
Difahamkan suami Anita Sarawak, Mahathir Abdullah telah mengirimkan mesej ringkas kepada wartawan hiburan yang dikenali sebagai Shuib Taib melalui akaun Instagramnya menjawab segala spekulasi selama ini.
Thank you so very much Shuib. We miss you.
Itulah ungkapan ringkas yang dikirimkan sewaktu Shuib menghantar ucapan hari lahir kepada suami Anita Sarawak. Meskipun menerima mesej pendek dari Mahathir, ianya secara tidak langsung memberi kelegaan kepada wartawan hiburan itu yang sememangnya akrab dengan pasangan selebriti tersebut.
Abang Mahathir dan kak Anita sihat seadanya, mereka mahu menikmati hidup yang normal.
Sumber: Astro Gempak