berita

Selami Dunia Penuh Fantasi Dalam Disney In Concert: Live Your Dream

May 2nd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Selepas menjelajah ke seluruh dunia, konsert yang paling dinanti-nantikan iaitu Disney in Concert: Live Your Dream kini bakal diadakan di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Bukan Kaleng-Kaleng! Sofyank Jalani Penggambaran Dengan Hero Ant-Man

Artikel Berkaitan: Aksi Yang Mendebarkan & Gandingan Pelakon Hebat! Jom Tonton Special Force: Anarchy Di Disney+ Hotstar Sekarang!

Artikel Berkaitan: Thor: Love And Thunder ‘Confirm’ Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

Konsert Disney

Konsert yang bakal berlangsung selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 Mei depan itu terbahagi kepada tiga persembahan dan memilih Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebagai lokasinya. Pada 6 Mei, konsert akan diadakan pada jam 3 petang dan 7 petang, manakala pada 7 Mei konsert akan diadakan pada jam 3 petang.

Penonton yang hadir akan dibawa menyelami dunia Disney yang penuh fantasi dan mengenali watak-watak animasi tersebut melalui alunan muzik secara langsung yang akan dipersembahkan oleh 46 orang pemain okestra serta empat penyanyi yang diluluskan oleh pihak Disney.

Disney in Concert: Live Your Dream merupakan perayaan muzik bagi mereka yang suka bermimpi dan berimaginasi. Konsert ini akan menerokai penceritaan yang klasik, watak dan tema daripada filem animasi serta urutan kesemua filem Disney.

Harga tiket bermula serendah RM100, RM150, RM250, RM 350 dan RM450. Bagi mereka yang berminat, anda boleh terus melayarai laman rasmi https://my.bookmyshow.com/e/DICLYD23
atau my.trip.com/w/dic .

SKIP THIS AD ×