

Sebelum ini, drama bersiri Suara Hati Isteri terbitan negara Indonesia, menerima kritikan hebat daripada netizen susulan babak seorang gadis yang berusia 15 tahun diberikan tanggungjawab membawa watak sebagai seorang isteri yang disifatkan tidak sesuai dengan umurnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru 15 Tahun, Netizen Terkejut Gadis Bawah Umur Berlakon Adegan Suami Isteri Dalam Bilik
Terbaru, lapor Tribun News watak Zahra yang sebelum ini dilakonkan oleh Lea Ciarachel akan ditukar dengan pelakon lain susulan kejadian itu.
Henti buat sementara waktu

Tidak berakhir di situ, drama bersiri ini juga turut terpaksa dihentikan buat sementera waktu jelas pihak Komisi Penyiaran Indonesia (KPI). Arahan untuk menghentikan drama bersiri itu disampaikan menerusi laman Instagramnya susulan menerima laporan daripada netizen.
Pada masa yang sama, pihak KPI juga turut memanggil beberapa pihak yang terlibat terutamanya Indosiar yang bertanggungjawab dalam menyiarkan drama tersebut.
Terdahulu, pihak produksi diarahkan untuk menukar jalan cerita drama tersebut berikutan pihak berkuasa tidak mahu mereka memberikan contoh kepada masyarakat untuk melakukan pernikahan di bawah umur.
Sumber: Tribun News







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)