berita

Selepas Kondo, Masya Masyitah Beli Sebuah Rumah Lagi… Kayanya!

May 18th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi berusia 21 tahun iaitu Masya Masyitah pernah berkongsi memiliki sebuah rumah jenis kondominium dan membeli kediaman itu secara tunai. Terbaharu, Masya Masyitah sekali lagi berkongsi bersama peminatnya di media sosial yang dia berjaya pula membeli sebuah rumah hasil dari titik peluhnya bekerja dalam industri seni.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Tak Nak Bayar ‘Bunga’, Masya Masyitah Beli Rumah RM300k Cash!

Memiliki kediaman dua tingkat

Masya Masyitah meluahkan rasa syukur berjaya memiliki lagi sebuah kediaman dua tingkat di usia muda. Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, dia memuat naik foto menerima kotak ‘fuse cutout’ sebagai simbolik sudah memiliki tersebut.

Home sweet home

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?? Masya Masyitah (@masyitah_masya)

Melihat kepada hasil pencapaian penyanyi ini, rata-rata peminat tumpang gembira dan berbangga dengan pencapaian Masya Masyitah sehingga berjaya memiliki dua buah rumah di usia muda. Sebelum ini, pada dua tahun lalu Masya pernah memaklumkan yang dia telah membeli sebuah unit kondominium bernilai lebih kurang RM 300,000.

Ni lagi satu ke?

Sumber: Masya Masyitah

SKIP THIS AD ×