berita

[VIDEO] Tak Nak Bayar ‘Bunga’, Masya Masyitah Beli Rumah RM300k Cash!

August 26th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Baru saja berusia 20 tahun, penyanyi Masya Masyitah telah memiliki sebuah kediaman miliknya sendiri. Dia mendedahkan membeli kediaman tersebut secara tunai, tanpa menggunakan perkhidmatan pinjaman bank.

Menerusi perkongsiannya melalui Astro Gempak, penyanyi muda itu membeli rumah jenis kondominium yang bernilai RM300,000.

Saya tak suka berhutang

Kediaman tersebut dibelinya pada tahun lepas dengan menggunakan wang simpanannya sendiri dan hasil kemenangan menyertai pertandingan nyanyian.

Saya tak suka berhutang sebab nanti kena bayar ‘bunga’. Jadi, saya pilih untuk beli secara tunai sahaja rumah itu. Itu merupakan duit yang saya kumpul sejak kecil lagi. Bila menang, dapat duit saya simpan dalam ASB. Jadi, disitulah dapat dividen setiap tahun.

Beli cash

Tambahnya lagi, dia memperolehi sekitar RM5,000 untuk setiap kemenangan pertandingan nyanyian. Sebelum ini, dia juga telah membeli sebuah kereta tetapi secara bayaran ansuran.

Kalau program pertandingan nyanyian di televisyen, lagi tinggi jumlah yang dapat sehingga RM20,000. Cuma masa beli kereta, ibu nasihat supaya tak beli secara tunai.

Kalau ikutkan saya memang nak bayar tunai. Katanya bimbang nanti saya nak tukar kereta baru.

Rumah pertama

Video yang telah dimuatnaik menerusi akaun YouTube Masya Masyitah ini menyaksikan kediaman yang dibeli oleh dirinya. Sebuah kediaman jenis kondominium yang telah dilengkapi peralatan dan kemudahan di dalam rumahnya. Dia memanjatkan kesyukuran kerana impiannya untuk memiliki sebuah rumah sudah tercapai dalam usia muda.

Sumber: Astro Gempak, Masya Masyitah

SKIP THIS AD ×