Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan semestinya tidak lagi asing dalam industri seni. Kebanyakkan lagu yang dihasilkan pasti diterima dengan baik.
Keunikan vokalnya membuatkan dirinya memiliki pengikut dan peminat yang tersendiri.
Artikel Berkaitan: Sedih & Tertekan, Elizabeth Tan Akui Hilang Keyakinan Akibat Penyakit Alopecia
Artikel Berkaitan: Mengaku Banyak Terima Gambar Tak Senonoh, Elizabeth Tan Mohon Pengikut Untuk Tidak Keterlaluan
Artikel Berkaitan: ‘Saya Belum Kahwin Lagi & Jay Okay Dengan Adegan Cium’ – Elizabeth Tan
Lagu raya pertama!
Elizabeth Tan atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy menghadiahkan sebuah lagu raya pertamanya untuk para peminat yang berjudul ‘Raya Cun’.
Difahamkan, lagu ini hasil ciptaan sepenuhnya oleh Diandra Arjunaidi, Mage dab Efry Arwis.
Lagu ‘Raya Cun’ ini ringkas saja. Ia mengenai kekecohan suasana di pagi raya. ‘Vibe‘ lagu ini memang gembira dan kita ada memasukkan elemen penting hari raya seperti baju raya, duit raya dan banyak lagi.
Tiada sebab untuk saya menolak untuk merakam lagu ini sebab ianya menyifatkan lagu raya yang cukup menarik dan sesuai dengan vokal saya.
Lizzy juga menyatakan bahawa video muzik (MV) lagu ini merupakan sesuatu yang menyeronokkan dengan konsep yang meriah.
Proses rakaman
Apabila disentuh tentang cabaran dalam menghasilkan lagu raya pertamanya ini, Lizzy memaklumkan ianya dari segi masa. Pelantun lagu ‘Knock Knock’ itu difahamkan baru menandatangani kontrak dengan Universal Music Malaysia dan Lion Music Group bulan lalu.
Dengan berbaki sebulan, Lizzy berusaha dalam memberikan yang terbaik sepanjang proses rakaman.
Ketika proses rakaman, ia sangat ‘straightforward‘. Kali kedua saya mendengar demo lagu ini, saya ters jatuh cinta dan cakap pada diri yang saya kena terima dan nyanyi. Selepas itu, terus tetapkan tarikh untuk masuk studio.
Walau bagaimanapun, segalanya berjalan lancar pada hari rakaman.
Dalam pada itu, Lizzy memuji keseluruhan tenaga pekerja yang menjayakan lagu dan pembikinan MV ‘Raya Cun’. Katanya, dia senang untuk bekerja dengan pasukan lagu ini kerana adanya sikap yang terbuka dalam menerima idea serta cadangan yang diajukan.
Lizzy berharap agar lagu raya pertamanya sepanjang lebih lapan tahun bergelar seorang penyanyi ini dapat diterima dengan baik.
Lagu ini sangat istimewa buat saya sebab sebenarnya lapan tahun lepas saya ‘tular’ selepas menyanyikan dan merakamkan semula lagu raya. Disebabkan itu, komposer dan penyanyi Faizal Tahir terus menawarkan saya untuk merakamkan lagu ‘Knock Knock’.
Kiranya, perjalanan kerjaya nyanyian saya bermula dengan ‘cover’ lagu raya. Dan akhirnya saya ada lagu raya sendiri.
Semoga semua orang akan rasa gembira apabila mendengar lagu ini. Kalau suka, jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan dan keluarga.
Para pendengar boleh mendengar lagu raya ‘Raya Cun’ di kesemua platform digital seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan Youtube Music. Manakala, video muzik boleh ditonton di saluran Youtube Universal Music Malaysia.