Sekadar gambar hiasan
Seorang anggota polis marin dipercayai sempat bersahur bersama ahli keluarganya sebelum ditemui tergantung di rumahnya yang terletak di Taman Pertama, Sandakan, Sabah.
Mayat ditemui tergantung
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, mayat Allahyarham yang bertugas dengan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan itu ditemui oleh isterinya di ruang tamu kediaman mereka sekitar jam 7:30 pagi. Difahamkan, malam sebelum kejadian, Allahyarham yang berpangkat Lans Koperal juga sempat menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-3.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali, Allahyarham yang berusia 28 tahun itu tidak mempunyai sebarang masalah di tempat kerjanya.
Hasil siasatan awal, anggota berkenaan mempunyai rekod kerja yang baik dan tiada bermasalah dengan rakan sekerja termasuk pegawai atasannya.
Sementara itu, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Duchess Of Kent untuk proses bedah siasat. Difahamkan, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Harian Metro