Penyanyi meningkat naik, Aisha Retno berjaya melakukan kejutan apabila lagu ciptaannya sendiri yang berjudul ‘Sutera’ dinobatkan sebagai lagu terbaik pada saingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38).
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Aisha Retno Bakal Keluarkan ‘Senjata’ Rahsia – ‘Weapon Ini Tak Pernah Saya Tunjuk Dekat Mana Mana Pentas’
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Ernie Zakri Menang Lagu Terbaik Pilihan Alha Alfa, Dapat Undian Tertinggi
Menang RM3,000
Lagu yang dicipta bersama MFMF dan lirik ciptaan Aisha itu sendiri menjadi pilihan juri sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000.
Ketika ditemui OhBulan!, Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, dia tidak menjangka lagu ‘Sutera’ bakal dinobatkan sebagai lagu terbaik.
Saya tidak menjangka akan memenangi lagu terbaik kerana saya sebenarnya berasa kerdil jika hendak dibandingkan dengan barisan peserta lain.
Dalam pada itu, lagu ‘Astana’ nyanyian Ernie Zakri berjaya memenangi kategori Lagi Pilihan Alha Alfa dan membawa pulang wang tunani bernilai RM2,000 selepas meraih undian tertinggi daripada peminat.
Turut bersaing pada hari pertama SFMM38 adalah lagu Korbankan Kita (Mojo), Kamu Kamu (Wani Kayrie), Alah Bisa (Amira Othman & Putera Muhammad), Astana (Ernie Zakri), Cinta Hanya Buatan (Afieq Shazwan & Muna Shahirah), Cinta Sahabiyah (Datin Alya), Menyantun Kasih (Siti Nordiana), Sejuta Maaf (Liza Hanim), Sutera (Aisya Retno), dan Kalam (Shiha Zikir).
Barisan juri SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.
SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.