berita

Shahz Berjanji Untuk Tinggalkan Tunangnya- Farah

June 19th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

shahrizal-jaszle

Nampaknya semakin hari ada sahaja kenyataan berbalas daripada pihak Shah Jaszle dan wanita yang mendakwa dirinya sebagai kekasih aktor tersebut yang dikenali sebagai Farah.

Jika awal pagi tadi pihak OHBULAN! telah mengeluarkan kenyataan mengenai tunang Shah Jaszle, Redzwani Puteri yang memaklumkan bahawa dia menyerahkan segalanya kepada aktor tersebut untuk menyelesaikan masalah berbangkit ini, akan tetapi lain pula yang dinyatakan oleh Farah.

Artikel Berkaitan :

Menurut wanita terbabit, Shah Jaszle pernah mengaku kepadanya bahawa dia tidak bahagia dengan tunangnya itu dan berhasrat untuk meninggalkan Redzwani Puteri.

Saya tahu dia sudah bertunang tapi sejak awal dia mendekati saya ketika pengambaran drama Lembayung Kasihmu, banyak kali dia mengatakan dia tidak bahagia dengan tunangnya yang diaturkan keluarga. Malah, Shahz berjanji untuk meninggalkan tunangnya untuk bersama saya.

Itulah alasan saya berani mengambil risiko untuk bersamanya dan kami sudah menjalin hubungan lebih kurang sebulan. Selama ini juga Shahz bermalam di rumah saya dan menghabiskan masanya bersama saya termasuk meraikan sambutan Hari Ibu bersama keluarganya. – Ujar Farah menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini.

Kes khalwat Shah Jaszle

Foto Farah menerusi keratan akhbar Harian Metro

Menerusi laporan yang sama, Farah turut menafi dakwaan aktor tersebut yang mengatakan dirinya seorang psiko dan wanita aneh yang cuba untuk memutuskan hubungannya dengan tunang.

Dia menyuruuh saya menjemputnya pada malam kejadian untuk bermalam di rumah saya. Saya masih menyimpan mesejnya yang igin datang ke rumah dan meminta mengambilnya kerana tiada duit mengisis minyak kereta.

Shahz bertegas mengatakan saya kru produksi yang mengasingkan pakaian pengambarannya malam itu. Dia mengajar saya menipu dan merahsiakan hubungan kami daripada pengetahuan tunangnya dan sesiapa bertanya. Mesej itu ada pada saya.

Justeru bukan saya yang psiko tapi sebenarnya dia yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

Demi menyelamatkan maruah diri dan keluarga, Farah turut menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk  membawa semua bukti serta saksi untuk ditampilakn kepada pihak media.

Dalam pada itu, wanita ini turut mencabar aktor terbabit untuk bersemuka dengannya dan berhadapan dengan pihak media untuk menyelesaikan segala kemelut ini.

SKIP THIS AD ×