berita

Sharifah Sakinah Bengang Netizen Pertikai Status ‘Agama’ Suami – ‘Terima Kasih Mengharu-Birukan Keadaan’

February 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Sharifah Sakinah meluahkan rasa bengang apabila segelintir individu mempertikaikan status ‘agama’ suaminya.

Artikel berkaitan: Netizen Tuduh Penyakit ADHD Hanya ‘Wayang’, Sharifah Sakinah Balas Jawapan Padu

Artikel berkaitan: Sharifah Sakinah Kahwin Mat Saleh – ‘Kami Pilih Untuk Tidak Menghebahkan’

Tak payah buruk sangka

Menurut Sakinah, dia menerima satu ‘direct message’ daripada seorang individu yang mendakwa dirinya sudah menukar agama sebaik sahaja berkahwin dengan Michael. Ujar Sakinah, dakwaan tersebut sangatlah tidak masuk akal bahkan, dia malas untuk menunjukkan bukti yang sebenar. Demi memastikan mulut netizen ‘tutup’, Sakinah akhirnya memuat naik kad perakuan suaminya ketika memeluk agama Islam di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Kami tak post bukti sebab tak nak mengharu-birukan keluarga mentua ya. Cuba anak awak tiba-tiba kena convert Hindu mahu mak awak melenting tak? Nak sangat bukti swipe lah, Terima kasihlah sebab mengharu-birukan keadaan. Kalau dah cakap dah lah, dah lah. Tak payah buruk sangka. Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk nak jaga hati keluarga sana. 

Jelas Sakinah lagi, dia malas untuk berbicara isu tersebut kerana ingin menjaga hati keluarga mentua. Sakinah berharap dengan bukti yang diberikan ini dapat menghilangkan rasa buruk sangka netizen terhadap dirinya dan suami.

Ada sebab rahsia

Terdahulu, Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menjelaskan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan dia merahsiakan hal perkahwinannya daripada pengetahuan umum.

Disebabkan ramai bertanya, ya kami sudah berkahwin. Kepada mereka yang hairan kenapa kami tak maklumkan mengenai perkahwinan ini adalah kerana isu peribadi dan hal agama. Kami memilih untuk tidak menghebahkan sebelum ini, tapi sekarang baru kami bersedia untuk kongsi. Tak payah tanya lagi okay. Terima kasih semua.

Bagaimanapun, pelakon Kimchi Untuk Awak sama sekali tidak mendedahkan tarikh sebenar perkahwinannya bersama suami.

Sumber: Sharifah Sakinah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×