Baru-baru ini kecoh dakwaan penyanyi, Shila Amzah dan Amir Masdi menjalin hubungan mesra. Namun, Shila menggangap ‘gosip’ bersama lelaki adalah perkara yang biasa di dalam dunia seni dan engan melatah mengharungi isu-isu sebegini.
Artikel Berkaitan: Hanya Rakan Badminton, Amir Masdi Tepis Dakwaan Jalin Hubungan Mesra Dengan Shila Amzah
Artikel Berkaitan: Komen Negatif Netizen Punca Shila Amzah ‘Anxiety’
‘Saya anggap Amir macam adik je’
Menerusi laporan Gempak, Shila menyedari kehidupan harian seorang selebriti akan menjadi sasaran di dalam dunia hiburan. Tambahnya, dia sudah lali apabila dikaitkan dengan mana-mana lelaki sepanjang di dalam dunia seni.
Mungkin pada Amir dia masih mentah dalam industri ini kerana masih muda. Tapi kalau saya, saya dah masak apabila timbul isu saya dengan lelaki.
Saya menggangap ini bukan satu masalah kerana inilah asam garam dalam dunia seni. Jika dikaitkan dengan sesiapa, saya tidak akan melatah.
Menurut Shila, jika dakwaan tersebut betul dan begitulah. Tetapi jika ianya tidak benar, kita harus bijak mengatasi dan jangan cepat melatah. Shila menyatakan dia hanya menggangap Amir seperti adik sahaja memandangkan jarak umur enam tahun.
Sumber: Gempak