Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berang didakwa masih ‘merentan’ oleh warganet susulan isu hak penjagaan anak.
Artikel Berkaitan: Shuhada Mohon Tambah Ibunya Dalam Hak Jagaan Anak, Hafidz Roshdi Mahu Teliti Semula
Artikel Bekaitan: ‘Allah Yang Satu’ – Hafidz Roshdi Kunci Mulut, Proses Hadanah Makin Panjang Sebab Tiada Persetujuan
Shuhada bidas netizen
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), seorang pengguna media sosial meninggalkan komen dengan mendakwa bahawa Shuhada tidak sesuai untuk menjaga anak-anaknya kerana terlalu sibuk mengejar populariti.
Individu itu juga mendakwa tindakan menamakan ibu Shuhada sebagai penjaga kedua adalah tidak wajar.
Anak kecik lagi si mak sibuk sangat sampai tak ada masa. Dah tu pergi mahkamah nak minta letak nama si nenek untuk jadi penjaga kedua. Tak ke terang lagi nyata si mak kepada budak-budak ini sibuk sangat dengan kehidupan glamour dia? Kalau nak sangat jaga anak, nak menang hak jaga, tak payah letak nama mak sebagai penjaga kedua.
Dalam pada itu, individu tersebut juga melabel Shuhada sebagai seorang yang toksik berbanding bekas suaminya.
Tosik gila, lagi toksik dari bekas suami dia. Sekurang-kurangnya bekas suami dia tak merentan sangat dekat media sosial. Ada batas nak kena jaga. Selalu lepas cerai, kebanyakkanya lelaki yang bukan main merentan. Ini terbalik. Kesian anak-anak.
Tidak berdiam diri, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri kemudian tampil menyelar kenyataan tersebut dan mempertahankan dirinya sibuk kerana gigih mencari rezeki untuk menyara anak-anak.
Ini contoh manusia gigih buat fake akaun nak tembak benda terang-terang perkara mengarut. Kita simpan buat bukti siapa yang merentan. Dah kalau tak sibuk cari duit, kau nak kasi duit ke? Sembang la. Ada batas nak kena jaga?
Sekali lagi jangan jolok sarang tebuan, menyesal nanti. Saya bukan Shuhada yang dulu, yang bodoh. Sekarang kau cari pasal, kau menjawab.
Terdahulu, kes tuntutan hadanah membabitkan Hafidz Dan Shuhada terpaksa ditangguh selepas pelakon itu menarik semula persetujuan untuk memberikan hak penjagaan anak kepada bekas isterinya itu.
Untuk rekod, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.
Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.
Hafidz dan Shuhada kemudiannya disahkan bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Sumber: Instagram Shuhada