Masyarakat kita sekarang, kerap mengamalkan pelbagai pilihan pemakanan tanpa mengetahui kandungan nutrisi bagi setiap makanan tersebut.
Korang tahu tak sebenarnya, ramai yang kurang pengetahuan mengenai makanan yang diambil? Walaupun makanan itu cukup sedap dan memuaskan, tetapi ia mungkin tidak membekalkan mikronutrien yang diperlukan tubuh untuk berfungsi sepenuhnya. Ha, biar betul kan?
Keadaan sebegini lebih dikenali sebagai hidden hunger (kelaparan tersembunyi) yang menggambarkan keadaan kurang mikronutrien seperti vitamin dan mineral tau. Mikronutrien diperlukan oleh badan kita dalam kuantiti yang sedikit untuk untuk fungsi badan kita.
Jika kekurangan, ia boleh menyebabkan fungsi tubuh badan kita tidak berjalan dengan baik serta boleh mengalami gangguan kesihatan yang serius. Tapi , tahukah anda bahawa 1 daripada 3 keluarga Malaysia kekurangan mikronutrien dalam diet seharian mereka seperti Kalsium, Vitamin C dan Zat Besi.
Kini korang dah tak perlu risau terutamanya ibubapa sebab Nestlé EVERYDAY kan ada. Jom kita tengok apa kebaikannya!
Susu Nestlé EVERYDAY jenama Susu Tepung yang terkenal lama di Malaysia yang mampu milk!
Pengambilan susu Nestlé EVERYDAY setiap hari boleh membantu memenuhi jurang mikronutrien dalam pengambilan makanan harian kita.
Dengan menggabungkan satu hidangan Nestlé EVERYDAY dengan hidangan utama korang, ia boleh membantu memenuhi lebih keperluan nutrisi harian korang.
Sebab itu lah, Nestlé EVERYDAY merupakan jenama susu tepung yang terkenal lama di Malaysia dan menawarkan harga mampu milik. Jadi lepas ni semua orang boleh memiliki susu yang penuh berkhasiat ni. Hebat kan!
Yang bagusnya, susu Nestlé EVERYDAY ni boleh dinikmati oleh setiap lapisan umur tak kira muda ataupun tua. Ini baru betul keluarga sihat dan ceria dengan susu yang penuh khasiat ini. Bila sihat baru lah dapat bahagia bersama-sama yang tersayang.
Nestlé juga telah menjalankan satu kempen #HariHariEveryday untuk menggalakkan setiap keluarga di Malaysia untuk mementingkan pengambilan nutrisi harian.
Menerusi kempen ini, barulah kita semua tahu tentang kepentingan mikronutrien untuk tubuh badan sambil menikmati susu Nestlé EVERYDAY.
Nestlé memang terkenal dengan moto mereka Good Food, Good Life, jadi menerusi kempen ini mereka juga ingin membantu golongan yang memerlukan melalui program pendidikan dan aktiviti khidmat masyarakat. Bagus kan!
Resepi mudah yang mampu memikat hati keluarga dengan susu Nestlé EVERYDAY!
Sebenarnya, Piramid Makanan Malaysia pun menyarankan pengambilan dua hidangan susu dan produk tenusu setiap hari. Contoh satu hidangan adalah satu gelas susu, satu cawan yogurt ataupun satu keping keju.
Lepas ni korang dah tak perlu risau tentang nutrisi dalam susu sebab susu Nestlé EVERYDAY mengandungi 12 vitamin dan mineral tinggi dengan mikronutrien seperti zat besi dan kalsium.
Kalsium adalah penting untuk perkembangan gigi dan tulang yang kuat manakala zat besi diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan kita.
Selain itu, 2 hidangan susu Nestlé EVERYDAY memenuhi 100% keperluan harian vitamin C untuk kanak-kanak (4-9 tahun) berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (2017). Vitamin C diperlukan untuk penyerapan zat besi dalam makanan ,Wow!
Mesti korang asyik minum susu Nestlé EVERYDAY begitu sahaja, tapi tahukah anda susu Nestlé EVERYDAY boleh digunakan dalam makanan dan minuman seharian kamu.
Jom cuba resepi lain dari yang lain ni dengan menggunakan susu Nestlé EVERYDAY. Mudah, cepat dan yang paling penting sedap!
Nestlé Everyday® Dadih
Bahan-bahan
- 2 liter susu NESTLÉ EVERYDAY (200g +1.2 liter)
- 20g agar-agar tali
- 125g serbuk gula
- 1/8 sudu kecil garam
- 1 liter air untuk masak agar-agar tali
- 1/8 sudu kecil pewarna merah jambu, hijau atau mengikut kesesuaian
Cara penyediaan
- Masak agar-agar bersama air di atas dapur sehingga larut
- Masukkan susu, gula dan garam
- Tapis bancuhan tersebut dan sejukan. Siap untuk dihidangkan
Nestlé Everyday® Sate Ayam Rempah Bersusu
Bahan-bahan
- 500g dada ayam
- 100g lada benggala
- 1 sudu besar serbuk cili
- 2 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar Susu Tepung NESTLÉ EVERYDAY
- 50g madu (mengikut cita rasa)
- 20g daun ketumbar
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar minyak zaitun (untuk perap & grill)
Cara penyediaan
- Potong ayam dan lada benggala
- Perapkan ayam yang telah dipotong bersama bahan perapan lain
- Grillkan selama 15-20 minit sehingga masak. Kemudian siap untuk dihidangkan
Eggless Nestlé Everyday® Biskut Susu Tepung
Bahan-bahan
- 1/2 cawan tepung serbaguna
- 1/2 cawan serbuk gula halus
- 1/2 Susu Tepung NESTLÉ EVERYDAY
- 1/2 cawan mentega
- 100g rainbow sprinkles
Cara penyediaan
- Masukan mentega dan gula halus ke dalam mangkuk dan gaul hingga rata
- Kemudian masukan Susu Tepung NESTLÉ EVERYDAY dan gaul hingga rata
- Setelah adunan sebati masukan tepung serba guna dan uli selama 2-3 minit sehingga menjadi doh
- Ambil dulang pembakar dan alas dengan kertas pembakar yang disapukan dengan lapisan nipis mentega
- Buat bebola menggunakan doh dan letakkan di atas dulang pembakar dan taburkan rainbow sprinkles
- Bakar selama 15 minit pada suhu 180°c atau sehingga biskut bertukar menjadi perang keemasan. Kemudian siap untuk dihidangkan
Berselfie sambil beramal dengan Nestle!
Jom kita berselfie sambil beramal dan dalam masa yang sama boleh meningkatkan kesedaran tentang isu hidden hunger ni di kalangan rakyat Malaysia dengan menggunakan #HariHariEveryday bermula 28 Mei 2022 ni tau!
Mesti korang excited nak join kempen ni kan? Mudah jer lah, korang hanya perlu :
- Post gambar korang bersama satu pek Susu Tepung NESTLÉ EVERYDAY di media sosial
- Wajib posing yang menunjukkan otot korang dan letakkan #HariHariEveryday dalam caption korang!
Dalam masa yang sama, untuk setiap hastag #HariHariEveryday yang korang gunakan, Nestlé EVERYDAY akan menyumbangkan satu pek nutrisi yang akan diisi dengan cenderahati untuk keluarga yang memerlukan.
Jangan lupa dapatkan produk Nestlé EVERYDAY ni dengan segara tau, kalau tak korang yang rugi. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook mereka.