Pemergian Akiko Okumura meninggalkan kesan mendalam buat suami, usahawan Ridzuan Ridzokumura serta anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Akiko Dah Jaga Saya & Sky Dengan Terlalu Baik, Tak Ada Orang Boleh Buat Macam Tu’ – Ridzuan Ridzokumura
Artikel Berkaitan: VIDEO] ‘Dia Macam Dalam Dunia Sendiri, Muka Nampak Letih’ – Tular ‘Live’ Terakhir Akiko Okumura, Luah Hasrat Bertemu Tun Mahathir & Isteri
‘Fikiran Sky kacau bilau’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada pagi Ahad, Ridzuan mendedahkan bahawa Sky masih dalam proses menerima hakikat pemergian ibunya. Ada ketikanya dia kelihatan tabah, tetapi dalam sekelip mata air matanya mengalir kerana terlalu merindui arwah.
Fikiran Sky macam kacau bilau. Sekejap dia boleh terima, sekejap tidak. Lepas tu sekejap lagi dia menangis, sekejap okay. Kalau ada orang rapat dengan dia, dia akan menangis balik. Sedih bila teringat mak dia.
Lebih menyayat hati, Sky dikatakan masih mencari ibunya setiap kali bangun tidur. Tak dinafikan, rasa kehilangan itu terlalu berat untuk ditanggung oleh seorang anak yang baru menginjak usia 13 tahun.
Lepas bangun tidur, Sky akan cari mak dia.
Sebagai seorang ayah, Ridzuan turut mengakui meskipun masih bersedih tetapi dia perlu kuat demi anak lelakinya itu.
Pada Jumaat Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia namun punca kematiannya tidak didedahkan.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
Sumber: TikTok Ridzuan Ridzokumura