berita

Sophia Albarakbah Buka Lembaran 2024 Dengan Filem Baru – ‘Cukup-Cukuplah Kontroversi Yang Pernah Melanda Saya’

January 8th, 2024 | by Alia
Kini Trending

sophia filem

Sempena tahun 2024 ini, pelakon Sophia Albarakbah berazam untuk fokus kepada kerjaya seni setelah pelbagai kontroversi melanda dirinya tahun lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Biar Mereka Tanggung Dosa & Akibatnya’ – Sophia Albarakbah

Artikel Berkaitan: ‘Sophia Wanita Lemah Lembut, Mungkin Lelaki Ingat Dia Suka Pada Mereka’ – Shahz Jaszle

Pertaruhkan bakat

sophia filem

Arena seni tempatan menjadi hangat berikutan gosip yang sering terpalit dengan nama aktres ini, meskipun begitu Sophia tetap menzahirkan rasa syukur kerana menerima banyak tawaran lakonan.

Menurut Sophia, bermula tahun baru ini dia mahu mencipta nama dengan bakat sendiri dan bukan hanya dikenali dengan kontroversi.

Kini, bukannya masa untuk saya menoleh ke belakang lagi. Saya mahu fokus untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan. Saya bersyukur agenda seni padat sehingga hujung tahun ini.

Saya tidak mahu peminat kenal saya kerana pelbagai cerita kontroversi dan bukannya bakat lakonan dipertaruhkan.

Cukup-cukuplah kontroversi yang pernah melanda kerana saya tidak mahu kisah silam diungkit lagi.

Filem Jiwa 8 Belas

sophia filem

Dalam pada itu, Sophia memaklumkan bahawa dia menerima banyak kepercayaan penerbit dan pengarah drama serta filem sepanjang tahun.

Difahamkan empat buah filem lakonan Sophia bakal ditayangkan pada tahun ini dan antaranya ialah filem Jiwa 8 Belas.

Aktres berusia 30 tahun ini berkata, filem tersebut merupakan filem pertamanya dan membawa watak heroin bernama Fatien.

Saya dapat tawaran berlakon dalam filem Jiwa 8 Belas ini menerusi proses uji bakat pada penghujung 2018.

Saya tiada asas dalam bidang lakonan dan lakonan memang agak ‘kayu’ ketika itu.

Bercerita lanjut, Sophia mendedahkan dia mengalami kecederaan iaitu lebam pada kakinya semasa menjayakan adegan diculik penjahat.

Saya perlu melakonkan babak melarikan diri dalam hutan dan sungai tanpa memakai kasut ketika dikejar penjahat.

Selain itu, ada juga babak muka saya dicelup dengan air kotor dan berlumpur oleh penjahat.

Filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd merupakan arahan S Baldev Singh. Ia turut menampilkan pelakon berbakat besar seperti Shah Hazvee, Izuan Ramli, Ikhram Juhari, Kanda Khairul, A Galak, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, Zila Bakarin, Aman Graseka, Akim Nordin, Faha Azhar, Arif Mex dan Acap S.

Jiwa 8 Belas merupakan sebuah filem berkisarkan jiwa remaja ini akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 18 Januari 2024.

SKIP THIS AD ×