berita

Suami Didakwa Curang, Polis Cari Telefon Bimbit Yang Dibuang

August 4th, 2020 | by Amat
Isu & Kontroversi

Seorang suami bertindak di luar kawalan dengan membunuh isteri sendiri apabila mangsa bertindak memfailkan penceraian. Suspek dipercayai menjerut leher menggunakan tudung yang dipakai mangsa sehingga meninggal dunia.

Artikel berkaitan: ‘Mama Ditimpa Ujian Demi Ujian’ – Anak Mangsa Pembunuhan Kejam Suami Luah Rindu

Memetik laporan Harian Metro, mangsa ditemui mati di dalam sebuah kereta di tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya di Sepang setelah mangsa memfailkan pengesahan perceraian.

Berlaku masalah rumah tangga

Ketua Polis Daerah Sepang iaitu Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof melaporkan suspek berusia 41 tahun itu didakwa berlaku curang dengan arwah isterinya. Dia didakwa menjalinkan hubungan mesra dengan wanita lain sehingga isterinya itu memfailkan tuntutan penceraian.

Keadaan itu menyebabkan berlaku masalah dalam rumah tangga mereka sehinggalah berlaku kejadian pembunuhan itu. Setakat ini suspek masih direman dan soal siasat sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Setakat ini, polis bersama khidmat bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) membantu mencari telefon bimbit yang dibuang suspek di dalam tasik di Taman Putra Perdana, Dengkil pada hari kejadian.

Sumber: Harian Metro 

SKIP THIS AD ×