Seorang lelaki di Thailand menyerah diri kepada polis selepas dia menikam kekasih isterinya sehingga mati di luar sebuah kedai serbaneka.
Artikel Berkaitan: Suami Kantoi Ada Hubungan Sulit, Tembak Isteri & Anak Lelaki
Tiga kesan tikaman
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Thaiger News, pihak polis Ban Pong menemui mayat mangsa yang dikenal sebagai Wanchai di tempat kejadian dengan tiga kesan tikaman di dadanya.
Pihak polis menjalankan siasatan dengan menyoal saksi yang berada di tempat kejadian dan mendapati motif pembunuhan itu adalah disebabkan cemburu.
Mangsa dikatakan merupakan kekasih gelap isteri suspek, Rattana. Namun, suspek juga mempunyai seorang kekasih gelap yang bernama Phontiya.
Menurut saksi, Rattana dan Phontiya bertengkar di pintu masuk kedai serbaneka sebelum kedua-dua lelaki itu cuba membantu kekasih mereka.
Ketika itu, suspek yang mempunyai pisau di tangannya segera menikam mangsa yang cuba melindungi Rattana.
Menurut beberapa saksi, Rattana dan kekasih suspek, Phontiya bertengkar di luar premis berkenaan sebelum kedua-dua teman lelaki mereka cuba meleraikan pergaduhan itu.
Suspek yang memegang pisau kemudian menikam mangsa yang ketika itu cuba melindungi Rattana.
Walau bagaimanapun, keesokan harinya, suspek secara sukarela menyerahkan diri kepada polis.
Suspek mendedahkan bahawa selepas mengetahui tentang hubungan sulit isterinya, dia ingin bercerai namun, Rattana enggan bersetuju dengannya.
Disebabkan itu, suspek memilih untuk menjalinkan hubungan cinta dengan Phontiya.
Suspek akan berdepan dengan dua pertuduhan dimana membunuh dengan sengaja dan membawa pisau di tempat awam tanpa alasan munasabah,
Suspek boleh dikenakan hukuman penjara 15 hingga 20 tahun dan penalti sebanyak 1,000 baht (RM134.42).
Manakala, Rattana dan Phontiya berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda sehingga 40,000 baht (RM5,378.83), atau kedua-duanya kerana menyerang orang lain secara fizikal atau mental.
Sumber: Thaiger News