berita

‘Sudah Hukum Anak Ikut Ajaran Agama’ – Nora Ariffin

September 5th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Video aksi bercumbu yang dipercayai melibatkan anak perempuan kepada penyanyi Nora Ariffin viral di media sosial dan menjadi perbualan hangat netizen. Sebelum ini, Nora meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan perbuatan yang telah dilakukan anaknya itu bersama seorang remaja lelaki dipercayai kekasihnya.

Arikel berkaitan: Zuher, Ibu Tampil Mohon Maaf Kepada Keluarga Nora

Terbaru, ibu dan remaja lelaki berkenaan telah tampil memohon maaf malah kesal dengan perbuatan tersebut. Sehubungan itu, Nora menerusi kenyataannya di Instagram menjelaskan masalah berkenaan telah diselesaikan bersama kedua-dua pihak dan telah menghukum anaknya itu.

Telah mendengar semua pengakuan

Nora menjelaskan bahawa dia telah mendengar segala pengakuan yang dibuat dari kedua pihak termasuk anaknya dan remaja lelaki tersebut. Malah, dia juga sudah memaafkan mereka.

Bukan itu saja, penyanyi ini bagaimanapun telah menghukum anak perempuannya itu sendiri mengikut hukum agama. Selebihnya, dia hanya berserah kepada Allah dalam menghadapi ujian ini.

Assalamualaikum. Saya sudah mendengar semua pengakuan. Saya juga sudah memaafkan semua orang. Saya juga sudah menghukum anak saya mengikut hukum agama.

Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun pada kepada Allah SWT. Buat masa ni, saya hanya berserah pada Allah SWT. Moga menjadi pengajaran dan iktibar buat semua. In Shaa Allah. Terima kasih buat semua.

Nora juga berharap agar peristiwa ini diambil pengajaran dan iktibar kepada semua masyarakat. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat atau sentiasa memberi sokongan moral kepada dirinya.

Sumber: Nora Ariffin

SKIP THIS AD ×