berita

Suspek Bunuh Isteri & Bayi Terpinga-Pinga Ketika Didakwa, Majistret Beri Kebenaran Jalani Pemeriksaan Mental

July 18th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tanggal 4 Julai yang lalu, seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis kerana membunuh isteri dan bayi di Jalan Dewasa Kampung Bakar Batu. Berikutan penangkapan tersebut, tertuduh telah didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini.

Artikel berkaitan: Suspek Kelar Isteri & Anak Negatif Dadah

Artikel berkaitan: Saksi 14 Tahun Nampak Suspek Heret Isteri Keluar Rumah, Pegang Pisau Pemotong Daging

Artikel berkaitan: ‘Saya Tahu Menantu Tiada Pekerjaan Tetap Selepas Berhenti Kerja’ – Bapa Mangsa Kelar Leher

Artikel berkaitan: Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Rupanya Lari Lepas Kelar Leher Isteri, Anak

Hanya jawab faham

Menerusi laporan Harian Metro, tertuduh yang dikenali sebagai Amir hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim. Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Amir didakwa membunuh isterinya, Hajar Nursyahirin Rosman. Bukan itu sahaja, tertuduh juga didakwa membunuh bayi lelakinya, Hans Mohamad Thaqeef yang baru berusia dua bulan lapan hari, di lokasi yang sama. Tertuduh turut dilihat terpinga-pingga dan sugul apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tarikh sebutan baharu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat dan DNA (asid deoksiribonukleik). Pihak pendakwaan juga memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai, di sini, bagi menyiasat keadaan mentalnya.

Ujar Mohd Zulhimi, beliau membenarkan permohonan pendakwaan untuk menghantar tertuduh ke Hospital Permai, hari ini bagi menjalankan pemeriksaan tahap mentalnya. Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 18 Ogos depan bagi mendapatkan laporan penuh bedah siasat, DNA serta keputusan ujian psikiatri tertuduh.

Terdahulu, tertuduh dilaporkan melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas dipercayai mengelar leher isteri dan bayi lelakinya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×