Bekas menantu kepada lagenda bola sepak tanah air, Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Suzur Sofia tampil membuat pendedahan bahawa dirinya masih diganggu bekas suami iaitu Mohd Zaiza.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mommy Akan Berjuang’ – Bekas Menantu Zainal Abidin Doa Dapat Bersatu Kembali Dengan Anak
‘Nak saya mati baru berhenti ke?’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG) Story, Sofia memohon agar dirinya tidak lagi diganggu kerana mahu memulakan kehidupan baharu yang lebih bahagia.
Cukuplah kacau hidup saya, apa lagi yang korang nak? Leave me alone. Saya dah cukup sakit korang buat.
Saya dah tak ada kaitan lagi dengan korang dan saya nak mulakan kehidupan yang baharu, mohon jangan ganggu.
Sofia juga memaklumkan dirinya sudah tidak tahan diperlakukan sebegitu selepas hampir kesemua haknya dirampas pihak bekas suami.
Dalam pada itu, Sofia juga menyifatkan Mohd Zaiza sebagai gila talak dan tidak move on selepas mendakwa bekas suaminya itu mempunyai akaun palsu hanya semata mahu ‘skodeng’ dirinya.
Rupanya inilah gila tak. Nak kata aku ada hutang kau, tak ada. Kau yang banyak hutang aku.
Anak-anak aku kau pegang, jiwa aku pula kau nak pegang?
Tolong jangan ganggu aku, keluarga dan kawan-kawan aku. Tolong cari kerja bukan stalk aku. Kalau berani jangan pakai fake account.
Anak-anak kau bawa, ingat kau akan senyap rupanya bukan sebab anak-anak, tapi kau tak boleh move on. Aku perhati ja.
Sekadar ingo, bekas suami Sofia iaitu Mohd Zaiza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul dan mencederakan dirinya.
Untuk rekod, Zaiza dan Sofia mendirikan rumah tangga Januari 2016 sebelum bercerai bercerai pada Jun lalu.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana, 2.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut ketika ini berada di bawah jagaan Zaiza.
Sumber: Instagram