berita

‘Sweetnya’ Nynaa Harizal Datang Pejabat Suami Untuk Lunch Sekali, Dah Macam Dalam Drama Pula!

January 5th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon, Nynaa Harizal telah memuat naik sebuah video yang memaparkan dia dan suami pergi bercuti di Pulau Pinang. Menerusi rakaman tersebut, Nynaa dan Fahmi, kelihatan menaiki jet peribadi bersama seorang individu yang tidak dapat dikenalpasti siapa. Difahamkan, pasangan tersebut ke Pulau Pinang bagi tujuan makan nasi kandar.

Artikel berkaitan: Lama Tak ‘Pekena’ Nasi Kandar, Nynaa Harizal & Suami Naik Jet Peribadi Pergi Pulau Pinang

Artikel Berkaitan: Tepat Sebulan Mereka Ambil Awak Daripada Saya’ – Suami Lega Nynaa Harizal Dah Balik 

Artikel Berkaitan: ‘Bersyukur Dapat Kembali Ke Pangkuan Suami, Hanya Ajal Boleh Memisahkan’ – Nynaa Harizal

Terbaru, Nynaa dilihat hadir di pejabat suaminya di ibu kota bagi menikmati makan tengah hari bersama-sama. Sweetnya!

Ada orang datang melawat saya

Menerusi Instagram, Fahmi memuat naik foto Nynaa sewaktu tiba di pejabat. Menurut Fahmi, isterinya itu datang untuk makan tengah hari bersama-sama. Namun, Fahmi sempat berseloroh dan menyatakan bahawa isterinya itu telah datang lewat dan mereka akan makan tengah hari pada pukul 2.55 petang.

Di Instagram Story yang seterusnya pula, Fahmi turut bergurau dan memberi nasihat buat para suami di luar sana agar makan terlebih dahulu sekiranya mereka ada janji temu dengan isteri tercinta untuk makan bersama. Sebagai suami, Fahmi menghargai usaha Nynaa untuk datang dan makan bersama hari ini. Ucapan terima kasih buat isteri tercinta turut diluahkan menerusi Instagram Story tersebut.

Dilihat semakin bahagia

Terdahulu, Nynaa meluahkan rasa syukur kerana dapat kembali ke pangkuan suami selepas berlaku pergolakan rumah tangga. Menurut Nynaa, Fahmi sangat bermakna dalam kehidupannya dan hanya ajal yang dapat memisahkan mereka. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! pasangan ini kelihatan sangat bahagia sebaik sahaja mereka kembali tinggal bersama. Nynaa dilihat kerap menemani Fahmi di beberapa buah majlis khas dan menyediakan sarapan pagi buat suaminya itu.

Sumber: Fahmi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×