Penyanyi Syada Amzah menyatakan kucing-kucing peliharaannya yang akan diberikan kepada individu berminat tidak akan dijual sama sekali.
Artikel Berkaitan: Syada Amzah Nafi Bela 50 Kucing – ‘Sekarang Masih Sibuk Pindah Rumah’
Artikel Berkaitan: ‘Mak Nak Landed Rumah Sebab Ada 50 Ekor Kucing’ – Amir Syafiq Perjelas Kenapa Tak Nak Kondominium
Bayar RM30 saja
Di Instagram Stories, Syada berkata dia tidak tergamak untuk menjual makhluk bernyawa yang comel itu. Bagaimanapun, cas RM30 akan dikenakan untuk sangkar atau ‘carrier’ bagi memudahkan individu itu membawa pulang kucing yang akan dibelanya.
Kita tak jual sebab makhluk bernyawa. Tapi kita akan charge untuk carrier dia RM30 kita belikan yang baru untuk korang bawa balik nanti.
Tambah penyanyi berumur 25 tahun, kucing-kucing akan dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan serta dandanan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada tuan baru.
Anak-anak bulu kami kenapa kita tak terus bagi sebab nak selesaikan medical dan grooming dulu. Kemudian, baru kita kasi pada orang.
Dalam pada itu, pemilik nama Nursyuhada Amir Amzah memohon orang ramai untuk bersabar menanti dia membalas mesej (DM) kerana masih menyusun nama kucing dan ibu angkat baru.
Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.
Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.
Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.
Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.
Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.
Sumber: Instagram