Di Instagram, timbul dakwaan di mana adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Syada Amzah mempunyai rasa cemburu dengan kejayaan yang dikecapi oleh kakaknya sendiri. Betul ke?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tarik Balik Kecaman, Puji Suara Syada Amzah ‘Cover’ Lagu Tagalog – ‘Sedap Sangat, Kembangkan Di Luar Negara’
Artikel Berkaitan: ‘Bernafas Pun Orang Tak Suka..Saya Tak Harap Orang Sukakan Saya’ – Syada Amzah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Suara Shila Amzah Lagi Sedap Berbanding Syada, Tuan Badan Balas – ‘Jangan Risau, Saya Peminat Dia’
Demi Allah tak ada
Menerusi ruangan komen di salah satu posting Syada, seorang individu mendakwa Syada mempunyai sifat iri hati terhadap kakaknya sendiri. Individu tersebut turut mendakwa sifat berkenaan jelas kelihatan dalam diri Syada.
Terkilan dengan dakwaan itu, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah, 25, menjelaskan dia tidak pernah sekelumit pun menyimpan perasaan sedemikian terhadap darah dagingnya sendiri.
Ujar Syada, jika ada pun perasaan cemburu adalah ketika ibu bapanya lebih banyak meluangkan masa bersama Shila bagi menguruskan perjalanan karier seninya.
Sumber: Syada Amzah