berita

Tak Berhenti Tatap Jenazah, Lelaki Menangis Bakal Isteri Meninggal Dunia Beberapa Jam Sebelum Akad Nikah

August 2nd, 2021 | by Shira
Kini Trending

Foto: Tribunnews

Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan lelaki ini apabila wanita yang bakal dinikahinya telah pergi buat selama-lamanya. Paling meruntun hati apabila mengetahui wanita tersebut telah menghembuskan nafas terakhirnya di majlis pernikahan mereka.

Meninggal di hari pernikahan

Foto: Tribunnews

Siapa sangka, suasana ceria di majlis pernikahan yang dinanti-nantikan pasangan dari Indonesia ini akhirnya bertukar menjadi satu hari yang penuh dengan kesedihan dan linangan air mata. Bayangkan, hanya berbaki beberapa jam sebelum masing-masing sah bergelar suami isteri, tanpa diduga pengantin perempuan secara tiba-tiba tidak sedarkan diri.

Berikutan daripada insiden itu, keluarga pengantin perempuan bertindak menghubungi pegawai kesihatan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia. Namun sebaliknya pula yang berlaku apabila keluarga mangsa seakan tidak percaya dengan berita kematian itu dan mereka meminta supaya mangsa dibawa ke hospital untuk dilakukan pemeriksaan.

Setibanya di sana, pihak hospital juga memaklumkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia akibat serangan jantung. Jenazah pengantin perempuan yang dibawa pulang ke rumah disambut dengan tangisan oleh bakal suami dan keluarga. Lebih menyedihkan apabila melihat lelaki yang dikenali dengan nama Cholid itu menangis dan tidak henti-henti menatap wajah jenazah bakal isterinya. Meskipun begitu, mereka redha dengan takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan Tuhan buat mereka.

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×