berita

‘Tak Bermaksud Hina Sesiapa’ – Majikan Didakwa Belasah Pekerja Berpuasa Mohon Maaf

April 18th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, seorang ahli perniagaan didakwa telah memukul dan mengugut dua lelaki yang berpuasa di bulan Ramadan telah ditahan pihak polis. Mangsa dipercayai telah diacukan pistol dan diugut untuk membunuh oleh majikan gara-gara berpuasa.

Artikel berkaitan: Ahli Perniagaan Belasah, Ugut Bunuh Pekerja Ditahan Polis

Artikel berkaitan: Ahli Perniagaan Pukul, Ugut Bunuh Pekerja Direman Sehingga Sabtu

Terbaru, memetik laporan Malaysia Kini, majikan tersebut tampil memohon maaf kepada umum terutamanya buat umat Islam atas tindakannya tidak menghormati sensitiviti agama lain.

Tidak bermaksud menghina sesiapa

Difahamkan, majikan yang berusia 43 tahun itu masih lagi berada dalam tahanan pihak polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Dia bagaimanapun tampil memohon maaf atas tindakannya yang membuatkan ramai pihak tidak berpuas hati.

Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal peribadi saya menyinggung perasaan sesiapa, saya rasa saya harus minta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, kepada Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal peribadi saya. Bagaimanapun saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan.

Malah, dalam tahanan suspek pada 15 April 2021 lalu, pihak polis berjaya menahan lagi empat individu yang lain bagi membantu siasatan kes ini. Penahanan tersebut berjaya membongkar aktiviti judi dan sindiket ceti haram yang dijalankan syarikat tersebut.

Sumber: Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×