berita

Tak Dapat Ziarah Kubur Anak Semasa PKP, Ibu Kemurungan Sempat Tulis Nota Bunuh Diri

June 9th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai jalan cerita dan kisah hidup yang berbeza-beza. Ada di antara mereka yang diuji dengan kehilangan insan tersayang.

Begitulah kisah yang dikongsian oleh Faizal Hassan yang menceritakan tentang nasib yang menimpa Puan Laila selepas pemergian anak kesayangan.

Kisah si ibu yang kemurungan

Menerusi perkongsian, Faizal menceritakan kisah seorang ibu yang mengalami tekanan jiwa dan kemurungan sehingga dia nekad untuk membunuh diri.

Anak meninggal kerana kanser

Tambahnya lagi, keadaan fizikal dan mental Puan Laila dilihat kurang stabil selepas pemergian anak tunggalnya pada tahun lepas akibat kanser. Namun, wanita ini tetap gagahkan diri dan diberi sokongan supaya menerima takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhan buat mereka sekeluarga.

Kesihatan semakin merosot

Tetapi, sejak PKP dilaksanakan oleh kerajaan, kesihatan Puan Laila semakin merosot kerana tidak dapat menziarahi kubur anaknya yang telah dikebumikan di negeri lain. Disebabkan terlalu merindui si anak, wanita itu telah mengalami tekanan jiwa sehingga dia nekad untuk mengakhiri hidupnya dengan menelan sejenis ubat sehingga overdose. Lebih meruntun hati apabila Puan Laila sempat menulis nota memohon maaf kepada suaminya.

Pengajaran buat semua

Sumber: Faizal Hassan

SKIP THIS AD ×