Keterujaan seorang gadis dari Indonesia untuk mendirikan rumah tangga bertukar satu mimpi ngeri dalam hidupnya apabila bakal suami dikatakan melarikan diri.
Apa yang lebih meruntun hati, segala persiapan rapi telah dilakukan dan gadis ini terpaksa akur duduk seorang diri di atas pelamin tanpa ditemani oleh suami di sisi!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 2 Minggu Menuju Hari Bahagia, Gadis Akur Tak Jadi Nikah Walaupun Persiapan Semua Dah ‘Ready’
Artikel Berkaitan: Persiapan Majlis Kahwin 100% Dah Siap, Gadis Akur Kena ‘Cancel’ – ‘Sedekah Barang Goodies Untuk Orang Kampung’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Segala Persiapan Rapi Dah Siap Nak Akad Nikah, Gadis Sebak & Cekal Bila Dapat Tahu…
Gadis cekal seorang diri atas pelamin
Menerusi video meraih lebih 10 juta tontotan dikongsi seorang gadis di laman TikTok, memaparkan seorang pengantin yang dilihat gagal menahan sebak sambil bersalaman dengan para tetamu yang hadir. Dia bagaimanapun cuba ditenangkan oleh tetamu yang hadir yang turut bersimpati dengan nasib pengantin itu.
Menerusi laporan media tempatan, pengantin lelaki dikatakan tidak hadir kerana mengikuti ujian pemilihan tentera dan pasangan ini belum disatukan sebagai suami isteri.
Rupa-rupanya…
Mengulas lebih lanjut, majlis tersebut sepatutnya bermula dengan proses akad nikah dan diikuti dengan majlis resepsi namun semuanya berubah angkara lelaki berkenaan. Mahu tidak mahu, majlis terpaksa diteruskan kerana pihak keluarga hanya mendapat tahu bakal pengantin lelaki tidak hadir sebelum majlis bermula.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut simpati dengan nasib yang menimpa gadis ini dan mengecam tindakan lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Video penuh:
@nandhaarqa Calon suaminya kabur pas hari pernikahan???#fyp? ? suara asli – minang_vidio
@nandhaarqa Peluk untuk mu ???#wanitakuat #fyp? ? suara asli – adadaldebaranalfahri1 – Amandamanopic x racun shopee
@nandhaarqa dimana hati nuranimu wahai laki2??#fyp? ? suara asli – ??????
Dah make up cantik-cantik
@lililala334944090? original sound – Alycha
Sumber: Nandhaarqa & lililala