berita

Tampil Bersinglet Jarang, Yasmin Hani Sekali Lagi Ditegur Netizen – ‘Untung Cameraman Cuci Mata’

June 1st, 2023 | by Wani
Kini Trending

Tak dinafikan, menjadi seseorang yang dikenali bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini kerana, segala tingkah laku dan pemakaian mereka sentiasa diperhati oleh orang ramai.

Begitulah pelakon Yasmin Hani yang diperli dan ditegur kerana menggayakan pakaian yang mencolok mata.

Artikel Berkaitan: Keluar Bersama Bekas Suami & Anak-Anak, Netizen Puji Sikap Profesional Yasmin Hani – ‘Patut Dicontohi Oleh Pasangan Lain’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Tinggal Sebumbung Dengan Alif Hadi, Yasmin Hani Anggap Kolot Pemikiran – ‘Mak Saya Nak Campak Mana?’

Artikel Berkaitan: Dapat ‘Green Light’ Dari Anak-Anak, Alif Hadi Nak Kahwin Tahun Ini Dengan Yasmin Hani

Untung ‘photographer’

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Yasmin Hani dilihat memuat naik beberapa fotonya yang menggayakan ‘round neck tank top‘ berwarna putih serta seluar pendek berwarna merah hati.

Namun begitu, perkongsian tersebut diperli oleh segelintir netizen yang melihat gayanya yang dikatakan ‘seksi’ dek kerana pakaiannya yang dilihat jarang sehingga menampakkan baju dalamnya.

Difahamkan, gambar tersebut ditangkap oleh kekasihnya, Alif Hadi yang terdahulu pernah mendapat teguran netizen selepas dilihat pasangan ini bergambar sambil berpelukan.

Seksinya awak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur cara berpakaian pelakon berusia 43 tahun tersebut. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang memuji kecantikannya yang dikatakan seperti ‘anak dara’.

Sumber: Instagram @yasminhani

SKIP THIS AD ×