berita

Tengah Kuarantin Pun Sempat Mencuri? Dua Pesakit Covid-19 Di MAEPS Ditahan

February 11th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Dua orang pesakit Covid-19 yang sedang kuarantin di Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) ditahan semalam selepas dilaporkan terbabit dalam kejadian mencuri telefon bimbit.

Artikel berkaitan: ‘Saya Orang Sihat, Kenapa Kamu Orang Takut’– Wanita Didakwa Ceroboh Wad Hospital

Artikel berkaitan: Satu Keluarga Dakwa Dijangkiti Covid-19 Gara-Gara KKM ‘Tertukar’ Nama Pesakit

Ditangkap kerana mencuri

@ayiekefliSyabass ! Masuk lokapp ye . ???? #fyp #fy #maepsserdang? bunyi asal – Ayie Kefli

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna akaun Tiktok, dua pesakit Covid-19 yang sedang dikuarantin itu ditahan kerana terbabit dalam kejadian mencuri telefon. Dua lelaki terlibat berusia 24 tahun dan 40-an yang disyaki mencuri telefon bimbit itu ditahan pesakit lain sehingga berlaku kekecohan

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof menyatakan bahawa kekecohan itu berlaku pada  jam 10.30 malam. Kekecohan itu berlaku dalam kalangan pesakit di Dewan C. Kejadian ini telah disedari oleh seorang pegawai perubatan wanita yang berusian 34 tahun yang sedang bertugas ketika itu. Pegawai perubatan tersebut kemudian mengaktifkan kod jingga dan meminta bantuan daripada polis bertugas bagi menenangkan keadaan. Pegawai perubatan tersebut juga  menjalankan temubual dalam kalangan pesakit dan mendapati bahawa ada berlaku kecurian beberapa telefon bimbit dalam kalangan pesakit.

Menurut Kamarul, suspek telah dipindahkan ke Dewan DG bagi tujuan keselamatan. Pegawai perubatan tersebut juga telah merampas empat buah telefon bimbit yang disyaki telah dicuri oleh suspek. Kedua-dua suspek itu akan menghabiskan tempoh kuarantin sebelum dipindah ke lokap polis. Siasatan awal polis juga mendapati seorang suspek akan menamatkan tempoh kuarantin hari ini, manakala seorang lagi suspek pada esok hari. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sumber: Ayie, Harian Metro

SKIP THIS AD ×