Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Heliza Helmi, menitipkan ucapan terima kasih kepada suami, Datuk Mahadi Badrul Zaman kerana memberi keizinan untuk mengikuti misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Amelia Offer Kami Solat Isyak, Perkara Itu Sangat Menyentuh Hati’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hariz Hamdan Sifatkan Heliza Helmi Pemurah, Bawa Bagasi Penuh Makanan Kucing Ke Turkiye

Terima kasih beri izin

Menurut Heliza, dia amat bersyukur kerana suaminya reda dan menyerahkan sepenuhnya segala urusan kepada Allah SWT.

Maceh (terima kasih) beri keizinan dan reda . Ku serahkan dirimu dalam penjagaan Allah. Amin.

Heliza meninggalkan komen di hantaran yang dibuat suaminya yang memohon orang ramai mendoakan keselamatan 34 orang aktivis kemanusiaan dari Malaysia.

Sementara itu, Mahadi menyatakan dia meredai pemergian Heliza kerana Allah SWT.

Aku meredhaimu kerana Allah. Jumpa nanti insya-Allah.

Setakat artikel ditulis, seramai 12 rakyat Malaysia dilaporkan ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel selepas kapal yang mereka naiki dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dipintas ketika berada di perairan antarabangsa pada Khamis.

Antara yang ditahan ialah Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Zizi Kirana, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, Rusydi Ramli, Iylia Balqis, Musa Nuwayri, Sul Aidil, Farah Lee dan Danish Nazram.

Sumber: Instagram