Sekadar gambar hiasan
Geli dan meloyakan! Itulah yang sesuai digambarkan menerusi sekeping foto dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azura Said mendakwa terjumpa ekor tikus di dalam bungkusan asam jawa.
Artikel Berkaitan: Sampai Hati Peniaga Bazar Buat Macam Ni….
Artikel Berkaitan: ‘Makanan Basi Janganlah Jual…’
Ekor tikus dalam asam jawa
Foto: Azura Said
Perkongsian wanita ini mencuri perhatian ramai dan rata-rata netizen akui terkejut melihat foto tersebut. Menerusi foto berkenaan dapat dilihat ekor binatang, dipercayai tikus yang telah digaul bersama asam jawa yang dibungkus sebelum dipasarkan kepada orang ramai.
Selalu dengar dari mulut orang je, nahhh, hari ini kena dekat diri sendiri. Dah elok guna dah nak habis dah pun.
Dakwa wanita ini lagi, asam jawa yang dibeli hampir habis digunakan sebelum menjumpai ekor tikus berkenaan.
Hujung-hujung jumpa ekor tikus terus. Ni ekor dalam pek yang ni. Badan, kepala, tangan, kakinya di mana?
Ekor apa lagi kalau dah kecik macam ni, mestilah ekor tikus. Tikus bukan seperti cicak, boleh putuskan ekor dengan sendiri.
Respon netizen
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut ‘geli’ dengan foto yang dikongsi dan meminta supaya wanita ini membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Bukan itu sahaja, sebagai langkah keselamatan terdapat juga netizen yang mencadangkan supaya dia menggunakan asam keping sebagai alternatif menggantikan asam jawa.
Sumber: Azura Said