Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki di Indonesia ditahan polis selepas disyaki memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.
Artikel Berkaitan: Bapa Rogol Tiga Anak Kandung Bawah Umur, Dera & Jadikan Hamba Seks
Artikel Berkaitan: Diperkosa Pak Saudara Sebanyak 7 Kali, Budak 6 Tahun Hidap Sakit Tibi Maut
Budak 2 tahun dirogol sebab comel
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Jateng Tribunnews, suspek yang berusia 27 tahun itu mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu kerana tidak tahan dengan mangsa yang terlalu comel. Suspek melakukan pemerkosaan itu di bilik tidur rumahnya. Sebelum kejadian, suspek telah mengajak kanak-kanak itu ke rumahnya dan mengumpan untuk menonton YouTube. Disebabkan mereka berjiran, ianya memudahkan mangsa untuk ke rumah suspek.
Setibanya di bilik tidur, suspek membiarkan mangsa menonton YouTube sehingga tertidur da ketika itulah, suspek mula melepaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa.
Namun akhirnya perbuatan itu diketahui oleh keluarga mangsa selepas anak kecil itu mengadu sakit ketika membuang air kecil. Apabila ditanya, mangsa memberitahu bahawa suspek ada melakukan sesuatu kepada kemaluannya. Menurut sumber, mangsa sudah dua kali diperkosa suspek di tempat yang sama.
Susulan daripada itu, keluarga mangsa telah tampil membuat laporan dan suspek telah ditahan untuk membantu siasatan.
Sumber: Jateng Tribunnews