berita

Budak 7 Tahun Dirogol Jiran Hingga Kemaluan Berdarah

September 26th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun mengalami pendarahan teruk pada kemaluan selepas menjadi mangsa rogol seorang pemuda dalam satu kejadian di Banyuwangi, Indonesia.

Artikel Berkaitan: Kemaluan Isteri Koyak 10cm Sebab Dirobek Suami…

Artikel Berkaitan: Remaja 17 Tahun Dirogol Enam Lelaki Sampai Pengsan

Diperkosa hingga alami pendarahan

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Detik, suspek, 19, melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah mangsa yang juga merupakan jiran tetangganya. Difahamkan, mangsa dan adiknya, 5, tinggal berdua di rumah sementara ibu bapa mereka keluar bekerja.

Selepas ibu bapa mangsa pulang ke rumah, alangkah terkejutnya apabila melihat anak perempuannya itu mengalami pendarahan. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Apabila ditanya, mangsa memberitahu kecederaan itu adalah kerana dicakar kucing. Namun setelah didesak, mangsa akhirnya mengaku telah diperkosa oleh suspek.

Susulan daripada pengakuan tersebut, ibu bapa mangsa telah tampil membuat laporan di balai polis. Suspek akhirnya ditahan dan semasa soal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu pada 23 September lalu.

Sumber: Detik.com, Kumparan

SKIP THIS AD ×