berita

Terpengaruh Serangan Christchurch, Remaja 16 Tahun Mahu Bunuh Jemaah Masjid Di Singapura Ditahan

January 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: Free Malaysia Today

Seorang pelajar berusia 16 tahun berjaya ditahan oleh pihak berkuasa Singapura kerana merancang untuk membunuh jemaah di dua masjid di negara tersebut pada 15 Mac nanti.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Imam Dihadang Disebalik Mimbar’ – Lelaki Warga Auckland Kongsi Detik Cemas Serangan Masjid Di Christchurch

Artikel berkaitan: Masjid Serangan Pengganas Di Christchurch Dicat Semula, Pasang Karpet Baru Sempena Ramadan

Artikel berkaitan: ‘Rasa Sakit Seperti Bersalin Berulang Kali’ – Tangisan Ibu Mangsa Tembakan Masjid Christchurch Undang Sebak

Artikel berkaitan: Suspek Serangan Masjid Chirstchurch Mengaku Bersalah Bunuh 51 Orang Islam

Menerusi laporan Free Malaysia Today, pelajar tersebut merancang serangan keganasan tersebut bersempena ulang tahun serangan keganasan ke atas masjid di Christchurch.

Siap lukis peta

Sekadar gambar hiasan

Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura, pelajar berusia 16 tahun itu ialah individu termuda ditahan di bawah undang-undang tersebut dan dia juga merupakan tahanan pertama yang didorong ideologi ekstremis kanan.

Dia meradikalkan dirinya, dimotivasi antipati kuat terhadap Islam dan tertarik kepada keganasan. Dia menonton video siaran langsung serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand serta membaca manifesto penyerang, Brenton Tarrant.

Lebih mengejutkan pihak berkuasa, pelajar tersebut turut melukis peta dan merancang laluannya subelum melakukan serangan tersebut nanti. Tambah jabatan tersebut, pelajar itu memilih dua buah masjid yang berdekatan rumahnya di utara Singapura sebagai sasaran.

Beli jaket kalis peluru

Sekadar gambar hiasan

Di samping itu, remaja terbabit turut membeli jaket kalis peluru dan merancang membeli parang dalam talian dengan niat untuk menyiarkan serangan yang dilakukan secara langsung.

Pada mulanya, pelajar itu mahu mendapatkan senjata dan meneroka kaedah membuat bom, serta meniru rancangan Tarrant membakar masjid dengan petrol.

Namun, idea pelajar tersebut terpaksa dilupakan. Ini kerana, Singapura mempunyai undang-undang yang ketat mengenai kawalan senjata api. Tambahan, dia turut mempunyai masalah keselamatan dan juga logistik.

Sumber: Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×