berita

Tertekan Ulang Alik Hospital, Mafarikha Cuba Menyanyi Dengan Satu Setengah Paru-Paru

December 9th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas terkena jangkitan Covid-19 kurang dari dua bulan yang lalu, penyanyi, Mafarikha memberitahu dia masih cuba untuk menyesuaikan diri dan meneruskan kerjaya seninya dengan satu setengah paru-paru. Bukan itu sahaja, Mafa turut mengakui bahawa dia agak tertekan apabila masih dalam proses untuk pulih.

Artikel berkaitan: Nampak 3 Pesakit Kritikal Meninggal Dunia Sebelah Katil, Mafarikha Kongsi Cerita Sebulan Di Hospital – ‘Tolong Jaga Adab’

Artikel berkaitan: Hospital Saran Mafarikha Tebuk Tulang Rusuk Kanan

Artikel berkaitan: Mafarikha Dijangkiti Covid-19 Tahap 5, Mohon Doa Agar Tak Ditidurkan 

Tertekan ulang alik hospital

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mafarikha Akhir (@mafarikha)

Saya agak tertekan untuk ulang alik ke hospital. Kadangkala agar sukar bagi saya apabila memikirkan segalanya. Video ni dirakam selepas saya pulang dari hospital untuk kali kedua. Masih cuba menyesuaikan hidup dan menyanyi dengan satu setengah paru-paru.

Tambah Mafa, doktor masih melakukan pemeriksaan lanjut terhadap dirinya.

Selepas dimasukkan ke dalam wad selama 40 hari, saya dimasukkan ke hospital selama tiga hari lagi kerana tachycardia dan doktor syak saya mengalami pembekuan darah dalam paru-paru. Tapi bila buat pemeriksaan lanjut, doktor sahkan tiada.

Sumber: Mafarikha

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×