berita

Tetak Budak 11 Tahun Sampai Mati & Buang Mayat Di Halaman Rumah, Suspek Akhirnya Diberkas

September 25th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki yang didakwa menetak kanak-kanak berusia 11 tahun hingga maut akhirnya berjaya diberkas pihak polis pada pagi Ahad.

Artikel Berkaitan: Budak 11 Tahun Maut & Putus Tapak Tangan, Ditetak Rakan Bapa Tiri

Suspek diberkas polis

Memetik laporan Sinar Harian, suspek warga asing dikenali, Paulus Poka Lolo, 35, dipercayai melakukan perbuatan kejam itu di perumahan pekerja di Felda Sahabat 30, Lahad Datu. Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, suspek berjaya ditahan selepas pihak polis mempertingkatkan rondaan di kawasan tersebut susulan kejadian bunuh yang berlaku.

Lokasi suspek ditangkap iaitu sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi tempat kejadian bunuh.

Parang yang digunakan suspek berjaya dikesan dengan bantuan anjing pengesan (Unit K9) IPD Lahad Datu. Polis turut merampas parang berukuran kira-kira 58 sentimeter selepas suspek mendedahkan tempat senjata yang digunakannya dalam kes ini disimpan.

Difahamkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Lahad Datu pada Isnin bagi permohonan reman.

Terdahulu, seorang kanak-kanak maut akibat ditetak rakan kepada bapa tirinya dan mayatnya ditemukan di halaman rumah perumahan pekerja berkenaan dalam keadaan berlumuran darah serta kesan tetakan pada bahagian kepala, leher dan putus pada tangan kiri mangsa.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×