berita

Throwback Menggila 2014: Destinasi Percutian Pilihan Artis

December 12th, 2014 | by Wan
Kini Trending

cuti2

Selepas penat bekerja, tak salah rasanya kalau luangkan sedikit masa untuk pergi bercuti bersama dengan insan tersayang. Kalau ikutkan kami di OHBULAN! setiap minggu nak pergi bercuti tapi kalau kami tak ada, siapa yang nak update story artis kegemaran korang dekat sini.

Memandangkan kami tak boleh pergi bercuti, memadailah sekadar melihat foto-foto percutian selebriti tanah air.. Sob…Sob…Sob

Krabi-Thailand

Krabi

Berdasarkan pemerhatian kami sepanjang 2014 ini, ramai pasangan artis memilih Krabi sebagai destinasi pelancongan dan bulan madu mereka. Rasanya semua sedia maklum tentang keindahan dan keunikan pantai Krabi yang sering menjadi bualan.

Antara selebriti yang tidak melepaskan peluang untuk bercuti ke Krabi ialah pasangan romantik, Noh Hujan dan Mizz Nina. Pasangan Aidil Zafuan dan Zarema turut memilih Krabi sebagai lokasi bulan madu mereka.

Artikel Berkaitan:

Pasangan Sejoli Qi Razali dan Nelydia Senrose juga tidak melepaskan peluang bercuti ke Krabi ditemani keluarga Nelydia. Jangan fikir yang bukan-bukan pula!

bali-indonesia-asia

Bali

Kaya dengan budaya warisan di samping menyajikan pemandangan yang indah, Bali tidak pernah lekang daripada kunjungan peminat serata dunia. Oleh sebab itu, ramai selebriti Malaysia menjadikan Bali sebagai destinasi percutian mereka.

Antara yang mendapat perhatian ialah pasangan romantis Awal dan Scha yang meluangkan masa sekitar November lalu bercuti ke Bali bersama dengan puteri sulung mereka, Lara Alana.

Artikel Berkaitan:

Selain itu pasangan Nora Danish dan Nedim juga berkunjung ke Bali sebanyak 3 kali pada tahun 2014 bagi meluangkan masa bersama. Terbaru Nora Danish ke Bali untuk meraikan hari jadi Nedim. Untunglah sambut hari jadi sampai ke Bali.

Pelakon jelita Fazura juga turut tidak ketinggalan bercuti ke Bali. Dengan siapa ye?

europe

Negara Eropah

Rasanya bercuti ke negara-negara Eropah merupakan idaman semua orang. Mana tidaknya, dapat meneroka dan melihat keunikan budaya asing. Silap hari bulan dapat kahwin dengat mat salleh!

Selepas dihimpit dengan kontroversi bercumbuan dengan seorang jejaka di KLIA sekitar Mac yang lalu, Fazura berkelana ke bumi Eropah untuk bercuti. Jangan jeles sebab Fazura pilih Paris Uoollzz!

Artikel Berkaitan:

Pasangan Fizo Omar dan Mawar antara selebriti yang gemar melancong ke bumi Eropah antaranya ialah Italy dan Turki.

Selain itu pasangan sensasi Qi Razali dan Nelydia Senrose memilih London sebagai destinasi pelancongan di samping menyaksikan perlawanan bolasepak pasukan kegemaran Qi, Arsenal. Untunglah kan?

SKIP THIS AD ×