Sebelum ini, penyanyi Siti Nordiana telah membuat laporan polis terhadap lima individu dan rakan artis yang didakwa memfitnah dirinya ketika sesi Instagram Live, tempoh hari. Malah, difahamkan juga peguam kepada Siti Nordiana telah menghantar notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka, namun, tiada sebarang respon.
Artikel berkaitan: ‘Saya Perlu Pertahankan Maruah Apabila Nama Diheret Secara Terbuka’ – Siti Nordiana
Artikel berkaitan: Siti Nordiana Buat Laporan Polis & Tuntut Permohonan Maaf
Tiada permohonan maaf
Memetik laporan BH Online, difahamkan Siti Nordiana telah membuat keputusan untuk menyaman lima individu terlibat yang didakwa memfitnahnya pada sesi siaran langsung Instagram (IG), tempoh hari. Tindakannya itu adalah bertujuan untuk membersihkan nama dan imejnya yang tercalar.
Berikutan tiada permohonan maaf daripada lima individu terbabit selepas tamatnya tempoh 24 jam, saya sudah mengarahkan peguam meneruskan tindakan saman terhadap mereka.
Nana terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama dan imej yang tercalar akibat kenyataan sedemikian, sama ada secara langsung atau sebaliknya akibat sesi siaran langsung IG itu.
Sumber: BH Online