berita

Tiga Anak Kelaparan Di Rumah, Ibu Sesak Duit Nekad Curi Telur

September 22nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

curi telur

Foto: Tribun News

Pihak polis menangkap seorang wanita atas kesalahan mencuri telur di sebuah pasar raya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Dedah Wanita Miskin Ditangkap Mencuri Kotak Pensel, Hadiah Untuk Anak Dapat Nombor 1

Artikel Berkaitan: Anak Dituduh Mencuri Jadi Punca Lelaki Dipukul Hingga Maut

Bantuan daripada polis

curi telur

Foto: Tribun News

Memetik laporan Detik.com, insiden tersebut dilaporkan berlaku di Jurang Mangu, Tangerang Selatan di Indonesia pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Pondok Aren, Bambang Askar Sodiq berkata wanita berusia 44 tahun itu nekad mencuri telur kerana terdesak untuk memberi makan kepada tiga orang anaknya.

Hasil soal siasat mendapati suspek sanggup mencuri telur untuk memenuhi keperluan makanannya pada hari itu.

Inspektor Pertama Samsul Hairudin kemudiannya cuba menyelesaikan kejadian kecurian tersebut secara aman dengan meminta pihak pasar raya untuk tidak memanjangkan kes berkenaan.

Sementara itu, pihak polis yang bersimpati dengan wanita tersebut bertindak membantunya dengan membayar telur yang dicuri dan turut membeli barangan keperluan asas buatnya.

Sumber: Detik.com

SKIP THIS AD ×