berita

[VIDEO] Hafiz Mahamad & Syafiqah Aina Menangis Hantar Bibik Pulang Indonesia – ‘Dia Insan Penting Dalam Keluarga Saya’

September 18th, 2023 | by Alia
Kini Trending

bibik hafiz mahamad

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad dan isterinya, Syafiqah Aina tidak mampu menahan sebak apabila terpaksa berpisah dengan pembantu rumahnya yang pulang ke Indonesia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad 55 Kali Buat Kejutan Untuk Isteri, Kali Ini Sewa Pawagam & Hadiahkan Pakej Haji

Artikel Berkaitan: Netizen Puji Hafiz Mahamad Derma RM100,000 Kepada Baby Naail -‘Jutawan Berjaya Yang Selalu Gunakan Bisnes Untuk Bangunkan Orang Susah’

Anggap seperti keluarga sendiri

bibik hafiz mahamad

Menerusi perkongsian di TikTok, Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad bersama keluarganya berada di ke lapangan terbang untuk menghantar pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bikna.

Difahamkan Bikna sudah lama berkhidmat dengan keluarga Hafiz iaitu semenjak anaknya masih kecil lagi.

Hari ini kami terpaksa berpisah dengan orang yang kami sayang, siapa dia..bibik. Saya dan isteri tak pernah anggap dia sebagai pembantu rumah, dia insan penting dalam keluarga kecil saya.

Menurut usahawan berusia 30 tahun itu, dia dan keluarga sudah menganggap wanita tersebut seperti keluarga sendiri kerana sikap pembantunya yang ringan tulang mengurus anak-anak.

Anak bongsu saya rapat sangat dengan bibik. Bila melihat ini (anak-anak mesra dengan pembantu), rasa sebak di hati.

Waktu ini anak bongsu saya sakit di hospital, dia lah yang bantu isteri saya untuk jaga anak siang dan malam.

Sekarang anak saya dah pandai berlari dan ketawa, dialah yang selalu ada. Bila fikir balik, kenapa nak emosional, sebab itulah tugas dia. Tak..dia dah seperti keluarga.

Sementara itu, anak bongsu kepada pasangan tersebut kelihatan berat untuk melepaskan Bikna dan seolah-olah mengetahui bahawa mereka akan terpisah.

Kami sayang dia sangat, dari anak saya lahir dia lah yang tolong bantu isteri saya.

Si bongsu ini selalunya tak macam ini, tapi hari ini macam dia faham dah.

Pada akhir video, Hafiz memberi sejumlah wang kepada Bikna manakala Aina pula berpelukan dengan wanita itu sambil menangis.

Dalam masa yang sama, pembantu rumah mereka turut mendoakan kesejahteraan keluarga itu.

Netizen sedih

bibik hafiz mahamad

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sedih dengan perpisahan mereka dan memuji sikap Hafiz kerana menjadi majikan yang baik serta bertanggungjawab.

@hafizmahamad

Tengok anak anak mcmtu, sebak hati rasa. Dia insan yg selalu bantu isteri saya ?

? Tak Ingin Usai – Keisya Levronka

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×