Seorang wanita menikam bekas teman lelakinya berkali-kali dan menyatakan dirinya dalam keadaan tidak sedar.
Artikel Berkaitan: Cucu Tergamak Tikam Nenek Jutawan 17 Kali, Gara-Gara Orang Sekeliling Tahu Ketagih Ganja
Artikel Berkaitan: Ingin Palsukan Kematian, Wanita Tikam ‘Pelanduk Dua Serupa’ Lebih 50 Kali
Artikel Berkaitan: Bertahun-Tahun Diliwat, Anak Hilang Sabar Tikam Bapa Kandung 33 Kali Sampai Mati
19 kali tikaman
Menerusi laporan Daily Star, seorang wanita yang bernama Morgan Lund bertindak menikam bekas teman lelakinya sebanyak 19 kali menggunakan gunting. Morgan memaklumkan dirinya sedang ‘bermimpi’ ketika melakukan hal tersebut.
Walau bagaimanapun, Morgan Lund, 21, akui tidak bersalah dan mempunyai masalah kesihatan mental.
Dokumen mahkamah mengeluarkan kenyataan bahawa suspek mengalami masalah ingatan.
Morgan mempunyai ingatan yang terganggu tentang sesuatu yang mungkin mimpi, atau imaginasinya, tetapi suspek fikir menjerit kepada anak perempuan mereka.
Morgan menyatakan dia melihat figura gelap yang menyerang mangsa. Tambahnya, dia melihat figura itu yang dikatakan sebagai halusinasi selama enam bulan.
Difahamkan, kejadian terjadi semasa bekas teman lelakinya itu sedang tidur.
Susulan daripada itu, mangsa berjaya diselamatkan manakala Morgan, bakal menjalani penilaian psikiatri dan ditahan buat masa sekarang atas tuduhan cubaan membunuh dengan sengaja tahap pertama.
Sumber: Daily Star