berita

‘Tolong Buat Keputusan Tepat, Ambil Nasihat & Sunnah Nabi Bendung Covid-19’ – Ashraf Muslim

January 6th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Peningkatan jumlah kes Covid-19 di China membuatkan pelakon, Ashraf Muslim bimbang dengan keadaan Malaysia yang pernah ‘lumpuh’ gara-gara jangkitan virus itu.

Artikel Berkaitan: Lama Tak Muat Naik Foto Bertiga, Netizen Minta Ashraf Muslim Kongsi Tips Poligami

Artikel Berkaitan: Ashraf Muslim Cedera Bahu Kiri Kena Tendang Kuda

Artikel Berkaitan: Isteri-Isteri Buat Kejutan Birthday, Ashraf Muslim Titip Pesanan – ‘Jaga Anak-Anak Dengan Baik Kalau Ayah Pergi Dulu’

Trauma

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ashraf menyatakan dia pernah dijangkiti serta ayahnya juga meninggal dunia disebabkan penularan virus Covid-19.

Justeru, Ashraf, 41, menggesa pihak bertanggungjawab untuk membendung dan mengawal bagi mengelakkan insiden tiga tahun lepas berulang lagi.

Belajar dari pengalaman yang lepas. Kalau tak dibendung dari awal, Insya-Allah negara kita pun akan jadi macam dalam video ini (rujuk video di negara China).

Aku pernah duduk dalam hospital selama 39 hari sebab Covid-19 dan ayah aku meninggal dunia disebabkan virus ini.

Selain itu, pemilik nama Muhd Ashraf Muslim menegaskan kes penyakit berjangkit ini tidak boleh dipandang remeh kerana boleh menjejaskan ekonomi negara sekiranya berterusan.

Pesanan buat pihak atasan

Dalam pada itu, pelakon filem ‘Aku Masih Dara’ menasihati pihak atasan untuk membuat keputusan yang tepat demi kesejahteraan negara.

Sedar-sedarlah, kepada pihak atasan tolong buat keputusan dengan tepat. Ambil nasihat dan sunnah Nabi bila berlakunya penyakit yang berjangkit, apa yang dilakukan oleh Nabi dan sahabat-sahabat yang lain.

Ini luahan hati saya yang sangat stress serta mungkin trauma dengan apa yang jadi sebelum ini.

Sumber: Instagram @ashrafmuslim

SKIP THIS AD ×