berita

‘Tolong Selamatkan Dia Dari Persekitaran Yang Toksik’ – Netizen Mohon BF Janna Nick Terus Beri Sokongan

February 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama pelakon dan pengacara terkenal iaitu Janna Nick menjadi buah mulut netizen apabila dia didakwa mencetuskan kontroversi hingga mengundang kemarahan peminat artis Korea.

Artikel berkaitan: Janna Nick Buat Laporan Polis, Nafi Kutuk Artis K-Pop

Artikel berkaitan: Nyahaktif Laman Sosial, Janna Nick Nak Fokus Shooting Drama

Artikel berkaitan: Dikecam Teruk Peminat K-Pop Isu ‘Lisa Blackpig’, Janna Nick Tutup Akaun IG, Twitter?

Susulan daripada itu, netizen berharap teman lelaki Janna Nick iaitu Dini Azan Schatzmann, memberikan kata-kata semangat dan setia berada di samping kekasih hatinya itu terutama dalam situasi sekarang.

I love you

Life has its up and downs, we have a story to tell. I love you, no matter what.

Di Instagram, Dini memuat naik sebuah foto dia bersama Janna. Foto tersebut dipercayai dirakam ketika mereka menjayakan sebuah babak dalam sebuah drama. Namun, kapsyen yang ditulis oleh Dini menerusi foto berkenaan ternyata mencuri tumpuan netizen.

Dini dipercayai menulis kapsyen sebegini ‘Kehidupan kadang di atas dan kadang di bawah, kita mempunyai kisah untuk memberitahu kepada semua. Saya sayang kamu walau apa jua keadaan’. Ekoran daripada kapsyen tersebut, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen pelakon kacak itu.

Save her away

Netizen berharap Dini akan terus berada di sisi Janna dan memberi sokongan antara satu sama lain terutama pada waktu sekarang. Malah, netizen turut mendoakan supaya hubungan di antara mereka berdua berkekalan.

Sumber: Dini Azan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×