Penyanyi, Tom akhirnya membuka mulut mengenai tindakan netizen dan rakan artis yang menghina rupa parasnya.
Artikel Berkaitan: ‘I Tak Biasa Berdialog Dengan Bukan Muhrim, I Biasa Dengan You Je’ – Tom Dedah Fuad Malu Dengan Wanita
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amir Shafiq Didakwa Jaja Kisah Keluarga Demi Pinjam Duit, Shila & Syahir Tak Nak Ambil Tahu – ‘Dia Lelaki Boleh Buat Keputusan Sendiri’
‘Saya tahu saya tak cantik..’
Ketika ditemui OhBulan!, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram akui dia tidak sangka ada rakan artis tergamak menghina wajahnya.
Saya dah banyak kali kena kecam dan sekarang, mengenai wajah hodoh ini pula. Tapi, tak mengapalah sebab saya tak boleh nak tutup mulut orang.
Ujar Tom lagi, rupa paras merupakan perkara sensitif dan individu terbabit tidak seharusnya menyentuh tentang penampilan dan wajah seseorang.
Sedih memang sedih sebab bukan sahaja netizen, tetapi, rakan artis yang saya sendiri kenal pun cakap begitu. Tapi, nak buat macam mana. Tak mengapa, sebab ini pinjaman daripada Tuhan.
Saya tahu saya tak cantik, asalkan cukup sempurna di mata suami dan anak-anak, tapi tak perlu jaja ke sana sini mengutuk saya.
Isteri kepada penyanyi, Fuad Rahman itu memberitahu bahawa dia sudah menghubungi dan bertemu dengan artis itu untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Dia tidak mengaku tapi dia dah minta maaf. Saya pun selesaikan benda itu segera dan padam hantaran itu. Rasa macam bodoh juga kerana saya muat naik benda itu ketika sedang beremosi.
Sementara itu, Fuad atau nama sebenarnya Mohamed Fuad Abdul Rahman berkata, sebagai seorang suami, dia tidak boleh terima apabila isterinya dihina sebegitu rupa. Namun dalam masa yang sama, dia berharap agar Tom sentiasa bersabar, berfikiran positif dan tidak mengambil peduli dengan kutukan netizen.
Bila saya lihat netizen komen kepada isteri seperti itu, saya sebagai suami berasa geram kerana kita lelaki kan.
Sebelum ini, Tom memuat naik hantaran meluahkan rasa sedih apabila menerima kritikan netizen yang menyifatkan dirinya tidak memiliki paras rupa yang cantik. Bagaimanapun hantaran tersebut telah dipadam oleh Tom.
Sekadar info, Tom dan Fuad bersama lima lagi pasangan duo lain Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Syarif dan Syaiful Zero, Adira Suhaimi dan Ema Suhaimi, Ryan dan Adam Bakery, serta Shila dan Syahir berentap di pentas Famili Duo musim ketiga.
FD3 dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.
Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.
Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di aplikasi tonton.